Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Penyatuan Jabatan Kastam Di Negeri Melayu Bersekutu

Pentadbiran aktiviti percukaian di Negeri Melayu dengan lebih teratur telah membawa kepada penubuhan Jabatan Kastam di Negeri Melayu bertempat di muara-muara sungai dan sempadan antara negeri dan ditugaskan khusus untuk memungut cukai ke atas barang keluaran pertanian, perlombongan, minuman keras, candu dan gambir. Sistem pentadbiran Jabatan Kastam pada masa itu adalah bersaingan antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Urusan pentadbiran jabatan dan pemungutan cukai dijalankan oleh kerani-kerani kepada pejabat daerah dan kerani daripada pejabat Perbendaharaan Negeri. Oleh itu, Jabatan Kastam tidak sepenuhnya mengendalikan pentadbiran dalam urusan pemungutan Cukai Kastam dan Eksais. Sebagai contoh di Teluk Anson, Taiping dan Kuala Lumpur, cukai-cukai dipungut oleh Bendahari Kerajaan sementara di pelabuhan, muara-muara sungai serta sempadan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, cukai dipungut oleh Kerani-kerani Kastam yang bertanggungjawab kepada Pegawai-pegawai Daerah berkenaan. Di Negeri Selangor Cukai Import ke atas candu dipungut oleh Pegawai Pelindung Hal Ehwal Orang-orang Cina.

Pada masa ini belum wujud lagi kesatuan kastam antara Negeri-negeri Melayu yang membawa masalah kepada tarif barangan dan kadar cukai yang berbeza-beza di antara negeri-negeri. Akibat daripada itu timbul keperluan bagi membentuk sebuah persekutuan antara Negeri-negeri Melayu dan telah dipersetujui pada dasarnya oleh Setiausaha Luar British dan Gabenor Negeri-negeri Selat.

Dengan terbentuknya persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka timbul usaha-usaha bagi menyatukan hal ehwal kastam antara negeri-negeri. Natijah daripada itu lahirlah satu undang-undang yang dinamakan Enakmen Hasil Barang Bilangan ll pada tahun 1904, yang bertujuan mengawal segala hasil Cukai Import ke atas minuman keras. Di bawah undang-undang ini pemborong diberi kuasa khas mengimport dengan bayaran sewa yang telah ditetapkan.

Pada tahun 1907 satu jawatan telah diwujudkan dengan nama Inspector of Trade and Customs pada 1hb Januari 1907. Pada tahun yang sama juga satu undang-undang yang dinamakan “The Customs Regulation Enactment” telah diadakan dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 1907 setelah diluluskan keempat-empat Majlis Undangan Negeri. Kemudian pada tahun 1908 nama Inspector of Trade and Customs telah diganti dengan nama Commissioner of Trade and Customs.

Dengan wujudnya enakmen 1907, maka jadual-jadual Cukai Import dan Eksport telah diseragamkan di seluruh Negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun penyatuan sepenuhnya hanya wujud pada tahun 1920 dengan pembentukan satu enakmen kastam yang seragam bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan penyatuan ini juga stesen-stesen kastam di sempadan telah dimansuhkan dan cukai tidak dikenakan jika barang tersebut dibawa daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berada dalam kesatuan kastam. Untuk memungut Cukai Eksport ke atas barang-barang yang dibawa keluar dengan kereta api maka stesen pemungut cukai telah ditubuhkan di tanah jajahan Singapura dan Prai pada tahun 1918 dan 1919, di Melaka pada tahun 1922. Stesen ini juga ditugaskan untuk memungut cukai ke atas barang yang diimport.

Pembentukan Kesatuan Kastam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyelaraskan segala peraturan kastam di antara negeri-negeri tersebut. Ia juga telah menyatakan semua pejabat kastam di bawah Pesuruhanjaya Perdagangan dan Jabatan Kastam bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Commissioner of Trade and Customs telah diubah namanya kepada Comptroller of Customs pada tahun 1938.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

No comments:

Post a Comment