Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Isu-Isu Strategik Perkastaman Di Malaysia

Isu-Isu Strategik Perkastaman Di Malaysia | Melalui analisis senario persekitaran beberapa isu-isu strategik dihadapai perkastaman di Malaysia telah dikenalpasti seperti berikut:


Pelaksanaan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam
Pihak Kerajaan merancang untuk membangunkan satu Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam bagi tempoh 2010 hingga 2014 supaya pada tahun 2015, perkhidmatan awam Malaysia akan menjadi antara lima agensi perkhidmatan awam terbaik di dunia. Agensi-agensi perkhidmatan awam di Malaysia akan melaksanakan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam ini untuk mencapai tujuan di atas.

Gagasan Malaysia
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan idea gagasan Malaysia yang bertemakan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi merealisasikan gagasan ini, JKDM juga menyediakan gagasan yang bertemakan “Satu Kastam, Pelanggan dan Stakeholders Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Gagasan ini akan dilaksanakan melalui Pelan Strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia tahun 2010 hingga 2014.

Peranan Kastam Di Abad Ke 21
Perubahan peranan Kastam di peringkat global pada abad ke 21, daripada satu agensi pemungut hasil dan kawalan pergerakkan barang kepada menyediakan fasilitasi perdagangan dan memastikan keselamatan kepentingan negara serta menyelamat hasil negara. JKDM akan terus berperanan untuk mengawal pergerakan barangan dalam perdagangan antarabangsa demi memastikan kepentingan negara terjamin disamping melindungi kutipan hasil.

Pendekatan Baru Dalam Kawalan Sempadan
Banyak kaedah baru diperkenalkan dalam pengurusan pergerakan perdagangan melepasi sempadan seperti WCO SAFE Framework of Standards to Secure and Facilitate Global Trade dan lain-lain inisiatif seperti Megaport Initiative dan Container Security Initiative.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Desakan Daripada Masyarakat
Masyarakat dunia menganggap penyeludupan barangan terutama barang larangan dan merbahaya seperti senjata api dan narkotik melepasi sempadan adalah satu ancaman yang serius. Jangkaharap masyarakat memastikan dagangan memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan. Masyarakat juga mengambil berat ancaman kepada kesihatan masyarakat dan alam sekitar.

Corak Perdagangan Baru
Dianggarkan lebih daripada 50% perdagangan dunia melibatkan pihak-pihak yang berhubungan.
Peningkatan Dalam Frod Hasil
Terdapat peningkatan ancaman berkaitan dalam perlarian dan pengelakkan duti/cukai.

Krisis Ekonomi Dunia
Krisis ekonomi dunia telah menyebabkan keadaan ekonomi global menjadi tidak menentu (uncertainty). Pertumbuhan ekonomi negara telah menguncup iaitu KDNK pada suku tahun pertama 2009 adalah -6.2% berbanding 2008 sebanyak 4.6%. Keadaan ini telah memberi kesan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan negara. Kemerosotan ini telah memberi impak kepada penurunan pungutan hasil JKDM.

Perdagangan Antarabangsa
Perjanjian perdagangan antarabangsa seperti WTO, Asean Free Trade Agreement (AFTA)/ Free Trade Agreement (FTA) dan sebagainya telah mewujudkan liberalisasi perdagangan yang menyebabkan daya saing perdagangan dunia tidak terbatas. Keadaan ini akan mengurangkan pungutan hasil negara khususnya kadar duti import akan berkurangan di bawah AFTA/FTA. Dengan pengurangan kadar duti import menyebabkan barangan import akan menjadi lebih murah dan bersaing dengan barangan keluaran tempatan. JKDM perlu memainkan peranan bagi memastikan pelaksanaan perjanjian itu dilakukan dengan betul supaya tidak menjejaskan aliran perdagangan yang sah.

Politik Dan Sosial
Dunia masih dibayangi oleh peristiwa 11 September 2001 iaitu setiap barangan yang akan dieksport ke negara-negara besar seperti Amerika Syarikat diwajibkan melalui pemeriksaan yang lebih ketat. Begitu juga barang-barang yang diimport juga perlu menjalani pemeriksaan rapi. Peranan JKDM adalah untuk memastikan dan mengesahkan pengikraran import hendaklah tepat dan betul dari segi nilai, kod penjenisan, kuantiti, negara tempat asal dan sebagainya.

Peningkatan Jumlah Perdagangan Dan Kepelbagaian
(Complexity) Perdagangan Antarabangsa Perdagangan antarabangsa telah meningkat lebih daripada 8% pada tahun 2006. Terdapat banyak perkembangan perjanjian perdagangan serantau. Layanan keutamaan dalam perdagangan adalah mengikut prinsip Rule of Origin yang kompleks.

Perubahan Model Dan Keperluan Perniagaan Terkini
Konsep just in time distribution yang memerlukan kaedah-kaedah lebih inovatif dalam penghantaran dagangan melepasi sempadan menggunakan multimodal transport menyebabkan tekanan dalam rangkaian bekalan dagangan. Disamping itu terdapat desakan dari pihak peniaga untuk melindungi daripada ketidakadilan dalam amalan perdagangan antarabangsa, penyeludupan, pengikraran rendah, frod tempat asal, kesalahan penjenisan dan perlanggaran harta intelek.

Peningkatan Ancaman Keselamatan Dan Jenayah Terancang
Rangkaian bekalan perdagangan mudah dieksploitasi oleh kumpulan pengganas. Gangguan daripada kumpulan pengganas kepada rangkaian bekalan boleh menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti/tergendala. Jenayah terancang beroperasi melalui rangkaian perdagangan dan terlibat dalam aktiviti haram seperti mengelak duti/cukai, frod melepasi sempadan, penyeludupan dadah, barangan berbahaya, barangan larangan, penggubahan wang haram (Money Laundering) dan perdagangan barangan tiruan.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

No comments:

Post a Comment