Huraian Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Memungut hasil negara, memberi fasilitasi perkastaman dan memastikan pematuhan perundangan adalah merupakan core business JKDM. Memungut hasil negara masih lagi merupakan tugas terpenting JKDM berbanding dua tugas yang lain. Tugas lain seperti memberi fasilitasi perkastaman dan memastikan pematuhan perundangan adalah merupakan elemen-elemen penyokong ke arah memperkemas dan memperteguhkan lagi tanggungjawab JKDM sebagai pemungut hasil negara.
Fasilitasi perkastaman hanyalah diberikan kepada pihak yang layak sahaja dan syarikat yang mendapat fasilitasi atau pengecualian pula perlu dikawal bagai memastikan mereka memenuhi syarat pengecualian atau fasilitasi supaya hasil tidak hilang.
Selain itu syarikat yang mendapat pengecualian akan menghasilkan produk yang kompetitif dan apabila produk ini dipasarkan, cukai akan dipungut oleh JKDM. Begitulah juga peranan dalam aspek pematuhan perundangan yang seharusnya boleh memberi sokongan ke arah memperkuatkan tugas JKDM sebagai pemungut hasil. Ketiga-tiga core business JKDM yang utama ini perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment