Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Model Transformasi Kastam Diraja Malaysia

Model pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti gambarajah di atas. Model ini dinamakan Model Transformasi Kastam. Model ini berbentuk sebuah rumah yang mempunyai lima tiang teras iaitu teras strategik dan menumpukan kepada tiga fokus iaitu Insan, Sistem dan Output/Outcome yang melambangkan Pembangunan Insan, Pembangunan Sistem dan Pembangunan Output/Outcome. Tindakantindakan/ program-program yang dirancang dalam Pelan Strategik adalah untuk mencapai tiga fokus ini.

Model ini menekankan konsep bahawa melalui tindakan-tindakan atau program program pembangunan insan yang cemerlang atau kamil dan sistem yang mantap serta terkini akan menghasilkan output/outcome yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard yang ditetapkan bagi mencapai Misi dan Visi JKDM berdasarkan lima teras strategik yang dinyatakan di atas.

Pembangunan Insan, Sistem dan Output/Outcome ini ditunjangi oleh nilai bersama TRUST iaitu Togetherness (bersatu hati), Respect (saling menghormati), Understanding (faham memahami), Spiritual (kerohanian jiwa) dan Totality (menyeluruh). Nilai TRUST boleh membina nilai intrinsik di dalam jiwa warga JKDM dan jika nilai ini dapat berdiri teguh di dalam kepimpinan, kebenaran, keceriaan dan kegembiraan sentiasa berada bersama sepanjang masa dalam JKDM.

No comments:

Post a Comment