Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

12 Cabaran Perlu Dihadapi Jabatan Kastam Malaysia

12 Cabaran Perlu Dihadapi Jabatan Kastam Malaysia | Cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh JKDM bagi tempoh lima tahun akan datang berdasarkan senario persekitaran semasa negara adalah seperti berikut:

1. JKDM perlu mendukung aspirasi kerajaan ke arah menjadikan gagasan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dengan merealisasikan gagasan JKDM yang bertemakan “Satu Kastam, Pelanggan dan Stakeholders Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

2. Pelanggan sentiasa menuntut tahap perkhidmatan Kastam yang cekap, tepat dan responsif. Mereka mengharapkan perkhidmatan JKDM disediakan dengan lebih mudah dan telus tanpa memerlukan mereka hadir untuk berurusan dengannya. Tuntutan ini selaras dengan keperluan untuk menjadikan perkhidmatan Kastam sebagai perkhidmatan yang terbaik di dunia.

3. JKDM perlu memenuhi dan mematuhi standard-standard global serta amalan-amalan terbaik yang bersifat world class yang perlu dijadikan asas kepada penyampaian perkhidmatan Kastam yang berkualiti tinggi selaras dengan “Peranan Kastam di Abad ke 21”.

4. Globalisasi merupakan cabaran utama negara. Pelbagai idea dan trend sentuhan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan telah memberi kesan kepada suasana politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. Ekonomi dunia kini dipengaruhi oleh elemen-elemen penggerak utama seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang meluas dan disokong oleh infrastruktur yang mantap, aliran modal yang besar serta gerakan liberalisasi tarif dan perdagangan.

5. Persaingan di kalangan negara-negara dunia semakin sengit bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa. Daya saing negara dinilai dari segi kemampuannya untuk menarik masuk pelaburan dan perdagangan berbanding dengan negara-negara lain khususnya negara-negara rantau Asean. Cabaran Kastam menjadi lebih ketara dengan adanya standard-standard yang ditetapkan oleh organisasi antarabangsa seperti WTO, WCO, Asia Pacifi c Economic Community (APEC) dan Asean Economic Community (AEC).


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


6. Penyeragaman proses dan prosedur perkastaman perlu dilaksanakan. Pelanggan sentiasa menuntut perkhidmatan Kastam yang lebih mudah, seragam, cekap, cepat dan responsif. Pelaksanaan konsep “Satu Kastam” membolehkan JKDM memenuhi tuntutan dan harapan pelanggan.

7. Kekangan modal insan dan peralatan merupakan satu halangan bagi JKDM untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Untuk memastikan pelepasan dagangan yang cekap, JKDM perlu mempunyai pegawai yang dedikasi, efi sen, komited dan menggunakan peralatan-peralatan berteknologi tinggi. Kekurangan pegawai yang cekap dan peralatan yang terhad boleh mengganggu proses pelepasan dan fasilitasi perdagangan.

8. Desakan rakyat dan stakeholders yang berkehendakkan JKDM memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan cemerlang. Masyarakat Malaysia menganggap penyeludupan barangan merupakan satu ancaman kepada perniagaan yang sah. Masyarakat mengharapkan JKDM memastikan fasilitasi perdagangan dinikmati oleh hanya peniaga-peniaga yang jujur supaya dapat mempercepatkan pelepasan perdagangan dengan secara tidak langsung dapat mengelakkan kebocoran hasil negara.

9. Keperluan untuk mendapatkan sumber tenaga manusia, kewangan dan logistik yang mencukupi serta pengurusan tenaga manusia, kewangan aset dan harta modal dengan cekap dan berkesan.

10. Keperluan untuk meningkatkan pungutan hasil Jabatan berasaskan peratus kenaikan yang telah ditetapkan.

11. Keperluan untuk sentiasa mempermudahkan sistem, prosedur dan memperkemaskan perundangan mengikut perkembangan semasa selaras dengan amalan perkastaman antarabangsa.

12. Keperluan untuk menjamin keberkesanan pungutan hasil dan fasilitasi perdagangan dengan aktiviti penguatkuasaan serta kawalan penyelewengan tanpa mengganggu transaksi perdagangan yang sah.

-----

Exam Online SPA

Format Exam online SPA untuk Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa kastam Gred WK29 menerima perubahan mendadak. Di bawah  dijelaskan perubahan format 2018 vs Format 2019/2020 :

Format Penguasa Kastam WK41 / WK29 - 2018

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penguasa Kastam WK41 / WK29 - 2019/2020

  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. macam lebih kurang je ni?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

So, jika anda gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penguasa Kastam WK41 / Penolong Penguasa kastam WK29 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang anda akan buang masa.

Masa anda akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak 'tragedi tragis'


Calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon mengalami 'tragedi tragis' lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Almaklumlah, kita ni lahir-lahir da memang cakap Malaysia atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang 'Yes' 'No' je la.

Untuk memahami dengan lebih lanjut seksyen B ini, sila rujuk penerangan dan beberapa contoh soalan SPA kefahaman Bahasa Inggeris (versi Updated 2020) ni.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan kebolehan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi mestilah diselesaikan dengan menggunakan ketajaman akal dan logik minda. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang betul.

Penjelasan lebih detil mengenai seksyen A ini, anda boleh rujuk contoh soalan SPA - Daya Menyelesaikan Masalah. Contoh soalan dan jalan kira ditunjukkan dengan teliti.

No comments:

Post a Comment