Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Ringkasan Pelan Strategik Kastam 2010-2014

Ringkasan Pelan Strategik Kastam 2010-2014 | Sebagai sebuah agensi pemungut hasil yang utama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat dan stakeholders. Kecemerlangan ini dapat direalisasikan melalui Pelan Strategik yang digubal oleh JKDM. Pelan Strategik ini menyediakan rangka dasar, hala tuju dan bidang fokus JKDM bagi melaksanakan agenda pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatannya untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2010 hingga 2014.

Untuk memenuhi hasrat ini, JKDM membuat transformasi yang melibatkan pindaan Visi dan Misi supaya lebih relevan dengan perubahan semasa dan dapat membawa pencapaian JKDM sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi serta bertaraf dunia.

Visi JKDM telah dipinda kepada Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015. Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia bermaksud perkhidmatan yang telah mencapai taraf yang terbaik dengan melaksanakan amalanamalan terbaik yang diterima pakai di peringkat global dan sentiasa berusaha untuk menambah baik secara berterusan dengan membudayakan amalan-amalan pengurusan kualiti menyeluruh serta memberi tumpuan yang tinggi terhadap kepuasan pelanggan.

Disamping itu, perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga membawa pengertian sebagai suatu perkhidmatan yang mematuhi semua konvensyen, amalan dan prosedur Kastam antarabangsa. Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga mestilah harmoni dengan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan Kastam, mempunyai kerangka berkanun bagi menguatkuasakan perundangan Kastam dan mempunyai pegawai-pegawai yang pakar untuk menguatkuasakan perundangan tersebut bagi mencapai Misi JKDM.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Disamping itu Misi JKDM juga telah dipinda kepada Memacu Pertumbuhan Ekonomi, Memelihara Keselamatan Negara Dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil, Fasilitasi Perdagangan Dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan Undang-Undang Secara Cekap Dan Berkesan. Misi ini dipinda supaya sesuai dengan perubahan peranan Kastam di peringkat global pada abad ke 21, daripada satu agensi pemungut hasil dan kawalan pergerakan barang kepada menyediakan fasilitasi perdagangan dan memastikan keselamatan kepentingan negara serta menyelamat hasil negara.

JKDM akan terus berperanan untuk mengawal pergerakan barangan dalam perdagangan antarabangsa demi memastikan kepentingan negara terjamin disamping melindungi kutipan hasil. Lima Teras Strategik utama telah digubal bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggung jawabkan serta menangani isu-isu kritikal dan cabarancabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan

Misi yang ditetapkan. Lima Teras Strategik tersebut adalah seperti berikut:

• Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nilai-nilai Murni Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Berasaskan Konsep Satu Kastam

• Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

• Mempertingkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara

• Memantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian bagi Meningkatkan Daya Saing Negara

• Mempertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk Memelihara Kepentingan Ekonomi, Sosial dan Keselamatan Negara JKDM telah memperkenalkan nilai TRUST sebagai salah satu nilai bersama.

Nilai TRUST (Togetherness – Bersatu Hati, Respect - Saling Menghormati, Understanding - Faham Memahami, Spiritual - Kerohanian) ini diterapkan sebagai budaya organisasi untuk membina nilai intrinsik jiwa warga Kastam supaya kebenaran, keceriaan dan kegembiraan akan sentiasa bersama sepanjang masa dalam JKDM.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

No comments:

Post a Comment