Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Pentadbiran Cukai Di Negeri-Negeri Selat 1826

Pentadbiran Cukai Di Negeri-Negeri Selat 1826 | Dengan penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 pentadbiran cukai ditadbir oleh seorang Gabenor dan sebuah Majlis Jeneral di Calcutta yang mana ia dikawal oleh Board of Control Syarikat Hindia Timur. Walaupun Negeri-negeri Selat telah ditubuhkan, namun beberapa struktur dan amalan percukaian yang telah digunakan oleh pembesar Melayu sebelum ini masih dikekalkan, umpamanya sistem Tax Farming iaitu satu bentuk percukaian dengan memajakkan kuasa memungut cukai kepada pemajak yang paling tinggi dengan dikenakan lesen kepada pemajak dan diikuti dengan beberapa syarat. Cara ini dapat melicinkan proses pemungutan cukai eksais. Bagi tujuan penyeludupan pula terutama penyeludupan candu, pada tahun 1961, polis telah digunakan bagi tujuan tersebut.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.




Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Walaupun belum wujud lagi Jabatan Kastam dan Eksais, namun segala aktiviti kastam adalah dikendalikan oleh satu badan yang dipanggil Government Monopolies, iaitu satu badan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mengimport, memproses dan menjual barangan tertentu seperti candu, tembakau, arak, rokok dan mancis.

Pada masa ini Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Labuan dan Daerah Dinding di Perak telah menjadi Kawasan Utama Kastam. Daerah Dinding kemudiannya telah dikeluarkan daripada kawasan Kastam Negeri Selat dengan menyerahkan semula kepada Sultan Melaka pada 6hb. Jun 1934. Pada masa ini barang yang dikenakan Cukai Eksais ialah samsu, todi dan candu buatan tempatan. Manakala Cukai Kastam pula dikenakan ke atas pengimportan candu dari Negeri China, tembakau, rokok, arak dan mercun.

Government Monopolies, badan yang mengawal perjalanan kastam dan eksais ini berjalan sehingga tahun 1937, apabila pada tahun itu Jabatan Kastam dan Eksais Negeri Selat ditubuhkan dengan rasmi dengan gelaran H.M Customs and Excise. Pada masa ini juga Cawangan Pungutan Hasil dan Cawangan Pencegah telah ditubuhkan. Stesen yang dipanggil Coast Post telah didirikan bagi menempatkan pegawai Revenue Officier memungut cukai dan mengawal aktiviti perdagangan. Pada masa ini Jabatan Kastam juga berkongsi kuasa dengan “Harbour Master, Post Master dan Immigresen”. Pada tahun 1938 aktiviti penggeledahan kapal telah dijalankan untuk menghapuskan aktiviti penyeludupan.

H.M. Customs and Excise kekal sehingga ke zaman Malayan Union sehinggalah pada tahun 1948 apabila Jabatan Kastam dan Eksais terbentuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Singapura dan Labuan.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:



Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


No comments:

Post a Comment