Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Friday, May 11, 2012

Exam Penguasa Kastam W41: Seksyen A

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia.

Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan Pengetahuan Am


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


1. Berapakah cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengusaha makanan segera seperti restoran McDonald dan Kentucky Fried Chicken(KFC)?

A. 5% | B. 6% | C. 8% | D. 10%
Jawapan : B

2. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai..

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.
Jawapan: D

3. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

No comments:

Post a Comment