Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Friday, August 29, 2014

Baca Ini Dahulu Sebelum Membeli Rujukan Penguasa Kastam W41!

Pastinya anda sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan hari yang kita janjikan. Iya.. harinya esok yakni 31hb Ogos 2014. Hari dimana jualan 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' akan dibuka. Sebelum anda membuat sebarang keputusan terburu-buru yang (barangkali) akan dikesali pada kemudian hari. Elok kita lihat apakah pro dan kontra yang terdapat pada 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' itu.

Bagi yang belum tahu, 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' adalah salah satu daripada produk informasi keluaran Syarikat Infokerjaya Resources (002091193-K). Panduan lain yang turut dihasilkan oleh Infokerjaya Resources termasuklah Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27, Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 dan banyak lagi. Infokerjaya Resources sudah berada di pasaran seawal tahun 2009 dan sudah membantu lebih daripada 60 ribu calon yang menduduki peperiksaan anjuran SPA. Jadi kualiti dan kredibiliti pengeluar bukanlah perkara yang menjadi isu di sini.

Sayugianya diingatkan, bahawasanya 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan pihak Infokerjaya Resources tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti, kerugian atau kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan dan ianya adalah untuk tujuan rujukan umum dan persediaan sahaja.

Anda seharusnya sedar yang pihak kami (Blog Panduan Penguasa Kastam) dan Syarikat Infokerjaya Resources tiada kaitan dan tiada kena mengena langsung dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini tidak mengandungi sebarang soalan ramalan atau soalan bocor atau soalan daripada pihak dalaman atau apa-apa jua yang boleh dianggap seperti itu.

Juga tiada sebarang jaminan dikeluarkan yang anda akan LULUS dalam peperiksaan online Penguasa Kastam W41 jika membuat pembelian 'Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41' ini. Perkara itu adalah bergantung kepada daya usaha anda sendiri. Anda juga harus mempertimbangkan hal-hal sampingan lain yang berkaitan seperti kelajuan Internet, jenis browser (pelayar web) yang digunakan, keselesaan tempat dimana anda menduduki peperiksaan, gangguan kebisingan dan seumpamanya pada masa anda menduduki peperiksaan Online tersebut itu nanti.

Seperkara lagi diingatkan, 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' ini adalah dalam bentuk eBook. Jadi, tiada aktiviti penghantaran melalui pos atau kurier yang akan dilakukan seperti pembelian buku biasa. Anda perlu memuaturun kandungan pakej ini ke dalam laptop atau gajet anda. Oleh kerana eBook ini dalam bentuk pdf (portable document format), maka anda juga perlu mempunyai perisian (software) Adobe Reader atau seumpamanya untuk membolehkan anda membuka dan membaca kandungan eBook ini.

Setelah mempertimbangkan kesemua perkara bersangkutan dan faktor-faktor sampingan yang diterangkan di atas, maka kini kita lihat apa pula faedah yang akan anda perolehi daripada pembelian 'Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41' ini:

1) 40 nota ringkas
Nota-nota ringkas ini adalah berkaitan tajuk-tajuk penting berkaitan tugas dan skop Penguasa Kastam W41 termasuklah:

- Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan
- 8 Fungsi Bahagian Penguatkuasaan
- 5 Tugasan Utama Bahagian Penguatkuasaan
- Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat
- Struktur Organisasi Jabatan Kastam
- Fungsi Bahagian Pengurusan Pematuhan
- Dan banyak lagi..

2) Penerangan Lengkap Format Peperiksaan
Menerangkan dengan seteliti mungkin apakah format peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 merangkumi Seksyen A, Seksyen B dan Seksye C.

3) 80 Contoh Soalan Seksyen A
Bukan setakat contoh soalan tetapi dengan jawapannya sekali. Sekali lagi diingatkan ini hanyalah contoh bertujuan untuk latih tubi calon dan BUKAN soalan ramalan atau soalan bocor!

4) 60 Contoh Soalan Seksyen B
Merangkumi pelbagai topik Matematik untuk latihan dan mempertingkatkan kemahiran pengiraan anda. Seperti biasa, dilengkapi skema jawapan yang betul.

5) 100 Contoh Soalan Seksyen C
Di Seksyen inilah biasanya soalan-soalan 'saiko' akan dikemukakan. Dalam peperiksaan sebenar nanti, 200 soalan akan ditanya. Pakej ini memberikan anda 100 contoh soalan 'saiko' untuk dijadikan latihan. Pasti sedikit sebanyak membantu persediaan anda kan?

6) Soalan Khas GTP
Pakej ini turut memuatkan pelbagai soalan berkaitan GTP. Ini sebagai latihan tambahan. Lagi pun, siapa yang tahu apakah soalan yang  bakal diajukan nanti?

Sekarang anda sudah pun selesai membaca pro dan kontra pakej ini, dan mungkin di dalam fikiran anda juga sudah pun ada 'keputusan' muktamad. Jadi apa yang anda perlu lakukan kini? Relaks. Tenang-tenang saja. Apa yang perlu anda buat ialah mengikuti langkah-langkah di bawah:

a) Esok buka emel sekitar Jam 10.00 pagi atau lebih awal
b) Kerana esok kami akan hantar 'cara-cara membuat pembelian pakej' yang tepat
c) Baca caranya betul-betul agar tidak tersilap 'step'
d) Klik 'Link Pembelian' yang kami sertakan esok dan buat pembelian sepantas yang boleh

P/s: Anda tidak perlu bimbang, link jualan pakej akan kami berikan esok (hari Ahad) melalui emel ini. Kami berjanji akan memastikan anda menjadi antara pembeli terawal yang mengetahui sejurus sahaja selepas jualan sudah dibuka. Sampai jumpa esok pagi!

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

No comments:

Post a Comment