Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Monday, September 15, 2014

4 Sebab GAGAL Temuduga Penguasa Kastam W41

4 Sebab GAGAL Temuduga Penguasa Kastam W41

4 Sebab GAGAL Temuduga Penguasa Kastam W41 | Banyak kekurangan dikenalpasti kenapa calon gagal temuduga Penguasa Kastam W41 terutamanya di kalangan bumiputera. Antara yang paling kerap dilakukan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:


Tidak yakin dengan jawapan
Sebenarnya terdapat 3 jenis soalan yang lazim dikemukakan di dalam mana-mana temuduga yakni bentuk fakta, bentuk pendapat dan bentuk teknikal. Untuk lebih memahami ketiga-tiga bentuk soalan ini, sila rujuk dalam panduan lengkap temuduga ini. Bagi soalan yang memerlukan pendapat, keyakinan memainkan peranan yang amat penting. Keyakin harus ditunjukkan melalui cara dan intonasipercakapan, ekspresi muka dan gerakan badan (termasuk tangan).

Seringkali calon berasa gugup dan tidak keruan apabila soalan jenis provokasi diajukan seperti:

- Awak sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini.
- Maaf. Kelayakan awak terlalu tinggi untuk jawatan ini.
- Kenapa tidak memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelayakan anda?


Tidak menunjukkan kemampuan menyumbang
Minat untuk menyumbang dan minat untuk belajar amat diperhatikan di dalam sesi temuduga ke sektor awam. Jadi tunjukkannya dan jangan hanya sekadar menjawab 'Ya, mungkin' atau 'Saya akan usahakan' atau 'Saya akan cuba'. Intonasi lemah longlai dan ayat tidak bersemangat perlu dijauhi. Apa yang paling ingin dilihat oleh panel penemuduga ialah bakat calon untuk dikembangkan kemudian nanti. Para panel yang berpengalaman sudah tentu tidak mengharapkan anda sebagus orang yang sudah mempunyai penglaman 15 tahun!


Terlalu merendah diri
Memang betul, merendah diri adalah sikap yang baik namun pada sesi temuduga anda perlu menunjukkan dan menjual kebolehan diri anda. Jangan 'over' tapi cukup sekadar menampakkan kedinamikkan diri dan betapa layaknya anda memegang jawatan Penguasa Kastam W41.


Tertekan dan tidak relaks
Keadaan tertekan akan mengakibatkan calon tidak dapat fokus kepada soalan yang diajukan. Di samping menganggu proses mengingat fakta-fakta daripada nota yang disediakan terlebih dahulu. Ini akan mengganggu proses temuduga dan menyebabkan markah anda berkurangan! Untuk anda yang berdarah gemuruh, terdapat 5 cara membuat nota yang akan mengekalkan ingatan lebih lama. Anda boleh merujuknya di dalam panduan lengkap temuduga SPA.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Tindakan-tindakan yang anda lakukan bakal menentukan keputusan yang diperolehi dalam temuduga Penguasa Kastam W41 itu nanti. Misalnya apakah tindakan pertama anda? Ini termasuklah membaca dan memahami surat panggilan, membuat salinan fotokopi, mendapatkan pengesahan fotokopi, menyusun dokumen mengikut turutan, menyimpan dokumen di tempat selamat dan menyediakan resume. Apa pula tindakan kedua anda? Kenal dan faham jawatan Penguasa Kastam W41, minat anda terhadap jawatan ini dan perancangan dan persediaan lanjutan. Apa pula tindakan ketiga? Ini termasuklah menjadikan diri orang berilmu, mengenali dan memahami diri sendiri, mengetahui soalan jangkaan, meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, menulis dan mengurus nota.

Apa pula tindakan keempat? Apa perlu dilakukan semasa hari temuduga? Sewaktu bersiap apa yang perlu disemak? Bila tiba di lokasi temuduga apa pula harus dilakukan? Jika anda tidak dapat menjawab kesemua soalan ini, kami kuat mengesyorkan anda membaca panduan lengkap temuduga SPA.

Akhir sekali, kami doakan kejayaan anda dalam sesi temuduga Penguasa Kastam W41. Terlebih dahulu kami ucapkan selamat bertugas sebagai tuan / puan Penguasa Kastam W41!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

Saturday, September 13, 2014

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Alahmdulilah. Pihak SPA sudah membuka link semakan untuk calon yang menduduki peperiksaan online bagi jawatan Penguasa Kastam W41 pada 06 September dan juga ulangan yang dijalankan pada 10 September yang lalu.

Ramai yang lulus dan lebih ramai lagi yang gagal! Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak SPA, seramai 30 ribu calon yang terlibat telah lulus. Tahniah jika anda salah seorang daripadanya.

Dan jika anda belum menyemak keputusan anda, berikut link untuk membuat semakan:

>> Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

P/s: Sekiranya anda lulus, kami turut gembira. Boleh kongsikan kisah suka duka anda sepanjang peperiksaan ini dengan kami sama ada dengan meninggalkan komen di blog Panduan Penguasa Kastam atau pun membalas emel ini.

Monday, September 8, 2014

Makluman: Peperiksaan Ulangan Penguasa Kastam W41

Seperti yang anda sedia maklum, daripada maklum balas yang diterima, didapati pelbagai isu timbul ketika peperiksaan Penguasa Kastam yang dibuat pada 06 September lepas.

Pihak SPA menerima banyak aduan berkaitan perkara tersebut dan telah mengambil langkah proaktif. Sehubungan itu, pada 08 September SPA telah mengadakan Mesyuarat Bil. 31/2014 (2681) dan memutuskan untuk mengadakan semula peperiksaan ulangan kepada calon yang menghadapi masalah teknikal.

Untuk makluman, exam ulangan ini akan diadakan pada 10 September 2014  bersamaan dengan hari Rabu. Bermula jam8.00 malam hingga 10.55 malam.

Jadi sekiranya anda turut mengalami masalah serupa dan ingin menduduki semula peperiksaan ini, kami galakkan anda membuat aduan kepada pihak SPA selewat-lewatnya pada 10 September 2014 jam 12.00 tengahari.

Penting: Hanya calon yang membuat aduan sahaja yang akan dibenarkan SPA menduduki semula peperiksaan ulangan ini!

Sila kemukakan aduan anda melalui pautan berikut:

>> Aduan Peperiksaan Online SPA

Pengumuman rasmi berkenaan peperiksaan ulangan Penguasa Kastam ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:

>> Pengumuman SPA Ulangan Peperiksaan Penguasa Kastam

------------

Satu lagi berita baik!

Kepada anda yang terlepas jualan rujukan peperiksaan Penguasa Kastam W41 pada 06 September lepas. Peluang dibuka sekali lagi. Iya.. Jualan rujukan peperiksaan Penguasa Kastam W41 akan dibuka semula. TAPI cuma untuk SATU HARI saja! Bermula sekarang hingga jam11.59 malam pada 09 September. Rebutlah peluang kedua ini. Klik pautan jualan ini.

Atau terus buat pembelian melalui butang di bawah!
http://goo.gl/xOGUXW