Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Monday, September 15, 2014

4 Sebab GAGAL Temuduga Penguasa Kastam W41

4 Sebab GAGAL Temuduga Penguasa Kastam W41

4 Sebab GAGAL Temuduga Penguasa Kastam W41 | Banyak kekurangan dikenalpasti kenapa calon gagal temuduga Penguasa Kastam W41 terutamanya di kalangan bumiputera. Antara yang paling kerap dilakukan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:


Tidak yakin dengan jawapan
Sebenarnya terdapat 3 jenis soalan yang lazim dikemukakan di dalam mana-mana temuduga yakni bentuk fakta, bentuk pendapat dan bentuk teknikal. Untuk lebih memahami ketiga-tiga bentuk soalan ini, sila rujuk dalam panduan lengkap temuduga ini. Bagi soalan yang memerlukan pendapat, keyakinan memainkan peranan yang amat penting. Keyakin harus ditunjukkan melalui cara dan intonasipercakapan, ekspresi muka dan gerakan badan (termasuk tangan).

Seringkali calon berasa gugup dan tidak keruan apabila soalan jenis provokasi diajukan seperti:

- Awak sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini.
- Maaf. Kelayakan awak terlalu tinggi untuk jawatan ini.
- Kenapa tidak memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelayakan anda?


Tidak menunjukkan kemampuan menyumbang
Minat untuk menyumbang dan minat untuk belajar amat diperhatikan di dalam sesi temuduga ke sektor awam. Jadi tunjukkannya dan jangan hanya sekadar menjawab 'Ya, mungkin' atau 'Saya akan usahakan' atau 'Saya akan cuba'. Intonasi lemah longlai dan ayat tidak bersemangat perlu dijauhi. Apa yang paling ingin dilihat oleh panel penemuduga ialah bakat calon untuk dikembangkan kemudian nanti. Para panel yang berpengalaman sudah tentu tidak mengharapkan anda sebagus orang yang sudah mempunyai penglaman 15 tahun!


Terlalu merendah diri
Memang betul, merendah diri adalah sikap yang baik namun pada sesi temuduga anda perlu menunjukkan dan menjual kebolehan diri anda. Jangan 'over' tapi cukup sekadar menampakkan kedinamikkan diri dan betapa layaknya anda memegang jawatan Penguasa Kastam W41.


Tertekan dan tidak relaks
Keadaan tertekan akan mengakibatkan calon tidak dapat fokus kepada soalan yang diajukan. Di samping menganggu proses mengingat fakta-fakta daripada nota yang disediakan terlebih dahulu. Ini akan mengganggu proses temuduga dan menyebabkan markah anda berkurangan! Untuk anda yang berdarah gemuruh, terdapat 5 cara membuat nota yang akan mengekalkan ingatan lebih lama. Anda boleh merujuknya di dalam panduan lengkap temuduga SPA.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Tindakan-tindakan yang anda lakukan bakal menentukan keputusan yang diperolehi dalam temuduga Penguasa Kastam W41 itu nanti. Misalnya apakah tindakan pertama anda? Ini termasuklah membaca dan memahami surat panggilan, membuat salinan fotokopi, mendapatkan pengesahan fotokopi, menyusun dokumen mengikut turutan, menyimpan dokumen di tempat selamat dan menyediakan resume. Apa pula tindakan kedua anda? Kenal dan faham jawatan Penguasa Kastam W41, minat anda terhadap jawatan ini dan perancangan dan persediaan lanjutan. Apa pula tindakan ketiga? Ini termasuklah menjadikan diri orang berilmu, mengenali dan memahami diri sendiri, mengetahui soalan jangkaan, meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, menulis dan mengurus nota.

Apa pula tindakan keempat? Apa perlu dilakukan semasa hari temuduga? Sewaktu bersiap apa yang perlu disemak? Bila tiba di lokasi temuduga apa pula harus dilakukan? Jika anda tidak dapat menjawab kesemua soalan ini, kami kuat mengesyorkan anda membaca panduan lengkap temuduga SPA.

Akhir sekali, kami doakan kejayaan anda dalam sesi temuduga Penguasa Kastam W41. Terlebih dahulu kami ucapkan selamat bertugas sebagai tuan / puan Penguasa Kastam W41!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

Saturday, September 13, 2014

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Alahmdulilah. Pihak SPA sudah membuka link semakan untuk calon yang menduduki peperiksaan online bagi jawatan Penguasa Kastam W41 pada 06 September dan juga ulangan yang dijalankan pada 10 September yang lalu.

Ramai yang lulus dan lebih ramai lagi yang gagal! Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak SPA, seramai 30 ribu calon yang terlibat telah lulus. Tahniah jika anda salah seorang daripadanya.

Dan jika anda belum menyemak keputusan anda, berikut link untuk membuat semakan:

>> Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

P/s: Sekiranya anda lulus, kami turut gembira. Boleh kongsikan kisah suka duka anda sepanjang peperiksaan ini dengan kami sama ada dengan meninggalkan komen di blog Panduan Penguasa Kastam atau pun membalas emel ini.

Monday, September 8, 2014

Makluman: Peperiksaan Ulangan Penguasa Kastam W41

Seperti yang anda sedia maklum, daripada maklum balas yang diterima, didapati pelbagai isu timbul ketika peperiksaan Penguasa Kastam yang dibuat pada 06 September lepas.

Pihak SPA menerima banyak aduan berkaitan perkara tersebut dan telah mengambil langkah proaktif. Sehubungan itu, pada 08 September SPA telah mengadakan Mesyuarat Bil. 31/2014 (2681) dan memutuskan untuk mengadakan semula peperiksaan ulangan kepada calon yang menghadapi masalah teknikal.

Untuk makluman, exam ulangan ini akan diadakan pada 10 September 2014  bersamaan dengan hari Rabu. Bermula jam8.00 malam hingga 10.55 malam.

Jadi sekiranya anda turut mengalami masalah serupa dan ingin menduduki semula peperiksaan ini, kami galakkan anda membuat aduan kepada pihak SPA selewat-lewatnya pada 10 September 2014 jam 12.00 tengahari.

Penting: Hanya calon yang membuat aduan sahaja yang akan dibenarkan SPA menduduki semula peperiksaan ulangan ini!

Sila kemukakan aduan anda melalui pautan berikut:

>> Aduan Peperiksaan Online SPA

Pengumuman rasmi berkenaan peperiksaan ulangan Penguasa Kastam ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:

>> Pengumuman SPA Ulangan Peperiksaan Penguasa Kastam

------------

Satu lagi berita baik!

Kepada anda yang terlepas jualan rujukan peperiksaan Penguasa Kastam W41 pada 06 September lepas. Peluang dibuka sekali lagi. Iya.. Jualan rujukan peperiksaan Penguasa Kastam W41 akan dibuka semula. TAPI cuma untuk SATU HARI saja! Bermula sekarang hingga jam11.59 malam pada 09 September. Rebutlah peluang kedua ini. Klik pautan jualan ini.

Atau terus buat pembelian melalui butang di bawah!
http://goo.gl/xOGUXW

Saturday, September 6, 2014

Beberapa Pesanan Terakhir Sebelum Exam Penguasa Kastam W41

Pesanan 1: Sebelum Peperiksaan Online:

Jaga kesihatan diri

Persiapkan mental dan fizikal

Cari bahan untuk pembelajaran dan latihan

Baca dan faham bahan pembelajaran/buat latihan (bagi yang memiliki contoh soalan)

Kenalpasti tempat mengambil peperiksaan online anda (Rumah, Cyber Café, Pusat Komputer)

Pastikan sambungan internet berfungsi dengan baik (Sediakan backup sekiranya terjadi apa-apa)

Pesanan 2: Semasa peperiksaan online:

Pastikan anda telah berada di hadapan komputer (tanpa gangguan) 20 ke 30 minit awal

Pastikan sambungan internet berada dalam keadaan baik

Log masuk ke halaman peperiksaan online berdasarkan slip peperiksaan masing-masing

Dapatkan semula maklumat peperiksaan (slip peperiksaan) di pautan semakan SPA sekiranya  anda terpadam emel tersebut (yang dihantar oleh pihak SPA)

Daftar masuk ke dalam portal peperiksaan online mengikut manual dan pastikan anda telah bersedia 10 minit lebih awal sebelum peperiksaan bermula (rujukan manual ini )

Jawab dengan tenang dan elakkan ‘tembak’ jawapan bagi setiap soalan melainkan anda benar-benar tidak tahu.

Jika bermasalah dengan server ketika peperiksaan online? Ambil tips dibawah ini:

-Refresh sampai boleh (berdasarkan pengalaman calon yang lalu)
-Elakkan sambungan internet dikongsi dengan alat-alat lain
-Gunakan internet explorer yang telah dikemaskini
-Elakkan membuka terlalu banyak TAB dalam browser

Pesanan 3: Setelah Selesai Menjalani Peperiksaan

Jika berlaku masalah semasa atau selepas peperiksaan anda boleh terus laporkan kepada SPA melalui;

>> Laman Aduan SPA

Talian Urusetia Bahagian Peperiksaan

03-8880 6468
03-8880 6405
03-8885 6347
03-8885 6303
03-8885 6344

Pegawai Peperiksaan SPA;

azaman@spa.gov.my
noorazli@spa.gov.my
khairun@spa.gov.my
azura@spa.gov.my
noraini@spa.gov.my

P/s: Usaha, Berdoa dan Tawakkal. InsyaAllah kami doakan semoga anda berjaya..

Wednesday, September 3, 2014

Jualan Rujukan Penguasa Kastam W41 Akan Ditutup Hari Ini!

Penafian: Ini hanyalah ingatan mesra. Tiada niat memaksa, jauh sekali mendesak. Masa depan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan-keputusan 'kecil' yang anda buat sepanjang perjalanan kehidupan ini. Termasuklah keputusan yang bakal anda ambil hari ini.

Sehingga ini sedang ditulis, masa hanya berbaki lebih kurang 1 hari, 2 jam, 20 minit dan 38 saat sebelum Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ditutup jualannya. Untuk masa yang lebih tepat, anda boleh semak sendiri dengan pergi ke laman rasmi melalui pautan berikut:

>> Laman Rasmi Rujukan Penguasa Kastam W41

Iya.. Jualan pakej akan DITUTUP HARI INI bersamaan dengan 4hb September 2014!

Sekali lagi dinyatakan, berikut adalah 9 faedah yang akan anda perolehi daripada pakej ini:

01. Tahukah anda dalam setiap 'Seksyen' terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, pakej ini akan tunjukkan kepada anda bagaimana 'pecahan dalam pecahan' tersebut!

02. Tujuh PECAHAN dalam seksyen A dan satu PECAHAN WAJIB yang ramai calon terlepas pandang. Pakej ini tunjukkan kepada anda untuk memudahkan persediaan peperiksaan anda nanti?

03. 40++ TAJUK NOTA RINGKAS berkaitan Kastam Diraja Malaysia, inisiatif dan perlaksanaan program dan kempen kesedaran anda perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda! Pakej ini bantu anda menjimatkan masa mencari bahan yang TEPAT yang perlu untuk anda baca. Anda jimat 9 JAM dari masa anda!

04. Contoh Soalan untuk 'Seksyen A'. LEBIH 80 Soalan pelbagai pecahan. BONUS! Extra soalan berkaitan GTP! BONUS! Extra Soalan berkaitan GST! BONUS! Extra soalan berkaitan JAWATAN! Jawapan disediakan!

05. Contoh Soalan untuk 'Seksyen B'. LEBIH 60 Soalan pelbagai pecahan. Jawapan disediakan!

06. Contoh Soalan untuk 'Seksyen C'. Lebih 150 Contoh Soalan. Jawapan disediakan!

07. Nota KHAS berkaitan GST (HOT!). Mungkin ada yang tidak tahu GST dikendalikan sepenuhnya oleh pihak KASTAM dan anda pula bakal menduduki peperiksaan jawatan Penguasa Kastam!

08. Nota KHAS berkaitan GTP (TERBARU 2014!). 2015 merupakan tahun perlaksanaan GST yang akan dikendalikan oleh pihak Kastam. Kemungkinan untuk soalan berkaitan GST keluar untuk sesi 6 September ini adalah sangat besar!

09. FAKTA PENTING, soalan peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam 2013 yang lepas, isu GTP menjadi soalan dalam 'Seksyen A'? Untuk tahun ini mungkin GST menjadi pilihan soalan SPA?

Anda mungkin tertanya di dalam hati, berapakah gerangan calon yang sudah membuat keputusan mengorak langkah jauh ke hadapan melalui pembelian pakej ini? Seperti yang saya katakan kelmarin, jumlahnya sudah mencecah hampir 2,500 orang dan masih bertambah setiap minit! Anda kurang percaya? Lihat screenshot tempahan yang dikongsikan oleh pihak Infokerjaya Resources di bawah:

Tak perlu fikir lagi, lagi lambat anda buat keputusan untuk membeli, lagi jauh calon lain meninggalkan anda! Terus buat pembelian melalui butang di bawah!
http://goo.gl/xOGUXW

Tuesday, September 2, 2014

Ujian Psikometrik Dan GST

Tarikh Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 semakin hampir. Apa persediaan yang telah anda buat? Saya percaya, sebahagian daripada calon-calon yang terlibat tidak tinggal duduk diam. Mencari pelbagai info dan maklumat sebanyak mungkin berkenaan dunia perkastaman dan perkara bersangkutan.

Jika belum bersedia, paling tidak pun anda tahu format soalan supaya mudah untuk anda jawab exam nanti. Baiklah, saya ada dua benda penting untuk dikongsikan kali ini.

Perkara pertama: Ujian Psikometrik

Ujian psikometrik berada di Seksyen C dalam Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41. Ujian psikometrik atau ujian personaliti adalah 'perangkap' bagi anda. Terdapat 200 soalan yang perlu anda jawab. Masa yang diperuntukan pula cuma 60 minit!

Jika anda belum 'biasa' dengan soalan-soalan ujian psikometrik, saya syorkan anda study 180 contoh soalan & jawapan ujian psikometrik yang dimuatkan di dalam Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41.

>> Klik sini untuk dapatkan Panduan Exam Online Penguasa Kastam W41

Perkara kedua: GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)

Saya rasa anda sedia maklum perlaksanaan GST dijangka bermula tahun depan. Jadi, sebagai Penguasa Kastam anda sangat 'akrab' dengan hal GST. Amat malang jika anda tidak faham dan tidak tahu-menahu mengenai GST.

Pada jangkaan saya, berkemungkinan besar akan terdapat 'beberapa' soalan berkaitan GST dalam exam nanti. Jika tidak pun, GST pasti akan ditanya ketika sesi temuduga. Jika anda perlukan Nota Khas GST, sila dapatkan pakej RM80 melalui link di bawah:

>> Klik sini untuk dapatkan Panduan Exam Online Penguasa Kastam W41

Nota:
 
Pada ketika saya menulis ini, sudah lebih 2,000 calon membeli ebook Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini. Maknanya 2,000 calon lain sudah beribu langkah berada di hadapan anda. Mana tidaknya, mereka sekurang-kurangnya sudah hadam 300 contoh soalan & jawapan yang dimuatkan di dalam panduan tersebut.

Jika anda rasa, anda betul-betul perlukan sebuah panduan khusus untuk membantu anda LULUS exam Penguasa Kastam W41 itu nanti, saya sangat syorkan anda memiliki rujukan istimewa ini.

Monday, September 1, 2014

Apa Kata Pembeli Rujukan Keluaran Infokerjaya Resources?

Seperti yang anda sudah ketahui, selain Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41, Syarikat Infokerjaya Resources (002091193-K) tururt mengeluarkan pelbagai panduan peperiksaan lain antaranya Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib S41, Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41 dan banyak lagi.

Pada 05 dan 13 Ogos 2014 yang lepas, SPA baru sahaja selesai menjalankan peperiksaan online untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam W27. Keputusannya juga sudah diketahui melalui semakan calon-calon terlibat. Berikut adalah antara testimoni pembeli Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 keluaran Infokerjaya Resources..















Komen-komen positif di atas menunjukkan kepada anda bahawa kualiti panduan yang dikeluarkan oleh pihak Infokerjaya Resources adalah terjamin dan berada di tahap yang amat memuaskan sekali. Jika anda fikir Panduan Rujukan Penguasa Kastam W41 ini berupaya meningkatkan peluang anda untuk LULUS, kenapa anda tidak memberi peluang kepada diri untuk mencubanya?

Ambil lah peluang baik ini melalui pautan berikut:

>> http://goo.gl/xOGUXW