Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Sunday, August 31, 2014

Cara-Cara Membuat Pembelian Pakej Rujukan Penguasa Kastam W41

Hari ini sudah 31 Ogos 2014 dan dengan gembiranya kami mengumumkan bahawa jualan sudah pun dibuka! Kami percaya kebanyakkan daripada anda sudah berkali-kali melakukan transaksi online atau jualbeli secara maya. Kepada pembeli yang sudah mahir, terus saja ke link pembelian berikut:

>> http://goo.gl/xOGUXW

Nota: Sekiranya laman jualan masih belum aktif dan meminta anda memasukkan 'nama' dan 'email' maka isikan dahulu butiran tersebut. Ia penting untuk memudahkan anda mendapat makluman pantas.

Bagi yang mungkin belum pernah atau masih belum begitu biasa, sila luangkan 2 minit untuk membaca step atau cara-cara membuat pembelian Pakej Rujukan Penguasa Kastam W41 yang betul di bawah.

STEP 1 of 4

Klik pautan http://goo.gl/xOGUXW dan pilih pakej 'Basic' atau 'Upgrade' (mana-mana yang sesuai dengan citarasa anda). Kami cadangkan pakej 'Upgrade' kerana ia lebih lengkap. Anda akan dibawa ke laman seperti gambar di bawah ini setelah pakej dipilih. Isikan E-MAIL ANDA dan klik 'Proceed to Checkout'.

STEP 2 of 4

Anda akan dibawa ke laman seperti gambar di bawah. Isikan maklumat anda di sini selengkapnya. Abaikan sahaja ruangan 'Discount Coupon'. Tick 'I have read and I accept the terms'. Pilih mode pembayaran sama ada (Pembayaran Bank Tempatan / Kad Kredit) dan klik 'Pay Now'.

STEP 3 of 4
Anda kemudian akan dibawa ke laman seperti gambar di bawah ini untuk mendapatkan maklumat bank untuk membuat pembayaran. SIMPAN URL (link) laman ini. Buka CIMBClicks atau Maybank2u atau perbankan online lain yang akan anda gunakan untuk membuat bayaran. Setelah selesai membuat pembayaran, kembali semula ke laman ini dan isikan maklumat diperlukan ke dalam 'Borang Pengesahan Pembayaran' termasuk NAMA PENUH, BANK PILIHAN anda ketika membuat pembayaran tadi dan lain-lain maklumat. Kemudian klik HANTAR. Penting: Pastikan anda simpan bukti pembayaran (Slip transaksi / printscreen transaksi).

STEP 4 of 4
Tunggu sekitar 10-15 minit. Buka email yang anda masukkan di STEP 1 of 4. Anda akan mendapat email seperti gambar yang ditunjukkan di bawah. REPLY / BALAS email tersebut dengan bukti pembayaran (Scan resit pembayaran atau gambar resit atau print screen transaksi). Pihak Tim Infokerjaya akan buat semakan dan menghantarkan akses / link download dalam tempoh 24–48 jam.

P/s: Jualan dibuka hanya 4 HARI saja. Bermula 31 Ogos sampai 03 September 2014. Jadi, buat keputusan anda dengan bijak. Siapa cepat, dia dapat!

Friday, August 29, 2014

Baca Ini Dahulu Sebelum Membeli Rujukan Penguasa Kastam W41!

Pastinya anda sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan hari yang kita janjikan. Iya.. harinya esok yakni 31hb Ogos 2014. Hari dimana jualan 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' akan dibuka. Sebelum anda membuat sebarang keputusan terburu-buru yang (barangkali) akan dikesali pada kemudian hari. Elok kita lihat apakah pro dan kontra yang terdapat pada 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' itu.

Bagi yang belum tahu, 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' adalah salah satu daripada produk informasi keluaran Syarikat Infokerjaya Resources (002091193-K). Panduan lain yang turut dihasilkan oleh Infokerjaya Resources termasuklah Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27, Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 dan banyak lagi. Infokerjaya Resources sudah berada di pasaran seawal tahun 2009 dan sudah membantu lebih daripada 60 ribu calon yang menduduki peperiksaan anjuran SPA. Jadi kualiti dan kredibiliti pengeluar bukanlah perkara yang menjadi isu di sini.

Sayugianya diingatkan, bahawasanya 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan pihak Infokerjaya Resources tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti, kerugian atau kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan dan ianya adalah untuk tujuan rujukan umum dan persediaan sahaja.

Anda seharusnya sedar yang pihak kami (Blog Panduan Penguasa Kastam) dan Syarikat Infokerjaya Resources tiada kaitan dan tiada kena mengena langsung dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini tidak mengandungi sebarang soalan ramalan atau soalan bocor atau soalan daripada pihak dalaman atau apa-apa jua yang boleh dianggap seperti itu.

Juga tiada sebarang jaminan dikeluarkan yang anda akan LULUS dalam peperiksaan online Penguasa Kastam W41 jika membuat pembelian 'Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41' ini. Perkara itu adalah bergantung kepada daya usaha anda sendiri. Anda juga harus mempertimbangkan hal-hal sampingan lain yang berkaitan seperti kelajuan Internet, jenis browser (pelayar web) yang digunakan, keselesaan tempat dimana anda menduduki peperiksaan, gangguan kebisingan dan seumpamanya pada masa anda menduduki peperiksaan Online tersebut itu nanti.

Seperkara lagi diingatkan, 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41' ini adalah dalam bentuk eBook. Jadi, tiada aktiviti penghantaran melalui pos atau kurier yang akan dilakukan seperti pembelian buku biasa. Anda perlu memuaturun kandungan pakej ini ke dalam laptop atau gajet anda. Oleh kerana eBook ini dalam bentuk pdf (portable document format), maka anda juga perlu mempunyai perisian (software) Adobe Reader atau seumpamanya untuk membolehkan anda membuka dan membaca kandungan eBook ini.

Setelah mempertimbangkan kesemua perkara bersangkutan dan faktor-faktor sampingan yang diterangkan di atas, maka kini kita lihat apa pula faedah yang akan anda perolehi daripada pembelian 'Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41' ini:

1) 40 nota ringkas
Nota-nota ringkas ini adalah berkaitan tajuk-tajuk penting berkaitan tugas dan skop Penguasa Kastam W41 termasuklah:

- Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan
- 8 Fungsi Bahagian Penguatkuasaan
- 5 Tugasan Utama Bahagian Penguatkuasaan
- Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat
- Struktur Organisasi Jabatan Kastam
- Fungsi Bahagian Pengurusan Pematuhan
- Dan banyak lagi..

2) Penerangan Lengkap Format Peperiksaan
Menerangkan dengan seteliti mungkin apakah format peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 merangkumi Seksyen A, Seksyen B dan Seksye C.

3) 80 Contoh Soalan Seksyen A
Bukan setakat contoh soalan tetapi dengan jawapannya sekali. Sekali lagi diingatkan ini hanyalah contoh bertujuan untuk latih tubi calon dan BUKAN soalan ramalan atau soalan bocor!

4) 60 Contoh Soalan Seksyen B
Merangkumi pelbagai topik Matematik untuk latihan dan mempertingkatkan kemahiran pengiraan anda. Seperti biasa, dilengkapi skema jawapan yang betul.

5) 100 Contoh Soalan Seksyen C
Di Seksyen inilah biasanya soalan-soalan 'saiko' akan dikemukakan. Dalam peperiksaan sebenar nanti, 200 soalan akan ditanya. Pakej ini memberikan anda 100 contoh soalan 'saiko' untuk dijadikan latihan. Pasti sedikit sebanyak membantu persediaan anda kan?

6) Soalan Khas GTP
Pakej ini turut memuatkan pelbagai soalan berkaitan GTP. Ini sebagai latihan tambahan. Lagi pun, siapa yang tahu apakah soalan yang  bakal diajukan nanti?

Sekarang anda sudah pun selesai membaca pro dan kontra pakej ini, dan mungkin di dalam fikiran anda juga sudah pun ada 'keputusan' muktamad. Jadi apa yang anda perlu lakukan kini? Relaks. Tenang-tenang saja. Apa yang perlu anda buat ialah mengikuti langkah-langkah di bawah:

a) Esok buka emel sekitar Jam 10.00 pagi atau lebih awal
b) Kerana esok kami akan hantar 'cara-cara membuat pembelian pakej' yang tepat
c) Baca caranya betul-betul agar tidak tersilap 'step'
d) Klik 'Link Pembelian' yang kami sertakan esok dan buat pembelian sepantas yang boleh

P/s: Anda tidak perlu bimbang, link jualan pakej akan kami berikan esok (hari Ahad) melalui emel ini. Kami berjanji akan memastikan anda menjadi antara pembeli terawal yang mengetahui sejurus sahaja selepas jualan sudah dibuka. Sampai jumpa esok pagi!

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

Thursday, August 28, 2014

Format Terbaru Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Untuk makluman anda, format soalan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 adalah sangat BERBEZA jika dibandingkan dengan format peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred W41 sebelum ini. Perbezaan pertama, tentulah sebab kini ia diadakan secara online sedangkan sebelum ini secara bertulis di pusat-pusat yang ditentukan oleh pihak SPA sendiri. Bersama dengan perubahan ketara ini, salah satu kebaikan paling menonjol yang dilihat adalah pada keselesaan dan kemudahan. Selesa kerana anda boleh menjawab dimana juga dan mudah kerana tidak perlu lagi bersusah-payah memandu berjam-jam ke pusat peperiksaan.

Namun begitu, cabaran kali ini bukan saja dari segi soalan, bahkan faktor-faktor sampingan seperti capaian internet, pelayar (browser) yang digunakan dan sebagainya. Jadi jika faktor sampingan ini tidak ditangani dengan baik pasti mengganggu anda. Mungkin banyak masa akan dihabiskan jika tiada persediaan rapi. Bayangkan anda perlu jawab 200 soalan dalam masa 60 minit dalam Seksyen C (Soalan Psikometrik). Kalau anda tak bersedia, blur atau tiada sebarang info sebelum peperiksaan memang susahlah nak lulus!

Di dalam peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 ini, terdapat TIGA seksyen iaitu:

1) SEKYSEN A – SOALAN TENTANG PENGETAHUAN AM
2) SEKSYEN B – SOALAN TENTANG PENYELESAIAN MASALAH
3) SEKSYEN C – SOALAN PSIKOMETRIK

SEKYSEN A – SOALAN TENTANG PENGETAHUAN AM

Untuk seksyen ini, masa diberikan untuk menjawab cuma 40 minit. Jumlah soalan anda perlu jawab ialah sebanyak 50 item! Soalan yang ditanya banyak berkisar tentang pengetahuan am dan juga berkaitan alam sekeliling. Anda perlu sentiasa peka dengan hal-ehwal terkini dalam dan juga luar negara.

Dan sudah pastinya, anda perlu wajib tahu maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Jabatan kastam. Misalnya:

- Maklumat am tentang jawatan, gred gaji dan tugas-tugas penguasa kastam
- Carta organisasi Jabatan Kastam Malaysia
- Kementerian yang berkaitan dengannya
- Berita-berita dan isu-isu terkini dunia perkastaman
- Fungsi dan peranan Jabatan Kastam Malaysia

SEKSYEN B – SOALAN TENTANG PENYELESAIAN MASALAH

Bagi seksyen B pula, anda perlu mampu menjawab 40 item soalan dalam masa 45 minit. Soalan-soalan di seksyen ini berbentuk kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep matematik. Tahap kemahiran yang diuji adalah sama atau lebih sedikit daripada silibus tahap SPM.

Dalam erti kata lain, boleh dikatakan ini adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran dan logik IQ anda. Di samping untuk menentukan kemampuan anda melihat / membaca data, menganalisis maklumat dan membuat keputusan yang betul atau yang paling sesuai.

SEKSYEN C – SOALAN PSIKOMETRIK

Inilah seksyen yang paling mencabar. Bayangkan, anda perlu menjawab 200 item soalan dalam tempoh 60 minit sahaja! Banyaknya soalan! Apa pulak ni? Soalan-soalan ‘saiko’ ke? Untuk peperiksaan penguasa kastam ada soalan saiko ke? Ya, memang ada sebenarnya! Soalan-soalan yang bakal menguji tahap kompetensi dan kemahiran psikologi anda.

NOTA PENTING: Jikalau anda gagal dalam seksyen ini, anda berisiko besar untuk GAGAL untuk keseluruhan peperiksaan online kastam ini.

Soalan-soalan dalam seksyen ini antara paling sukar dalam peperiksaan Penguasa Kastam ini. Ianya bakal menguji, samada anda layak atau tidak untuk jawatan Penguasa Kastam. Soalan akan berkisar dari segi MINAT, SAHSIAH, TANGGUNGJAWAB, INTEGRITI, KEPIMPINAN dan banyak lagi.

Kalau hendak dijelaskan, memang panjang. Susah nak terangkan dengan panjang lebar dalam blog / emel ini lebih-lebih lagi kalau ini pertama kali anda akan menduduki peperiksaan online ini. Anda perlukan satu panduan lengkap sebagai rujukan yang bakal menjadikan anda calon yang bersedia untuk berperang dengan ribuan calon lain dan seterusnnya mengenepikan mereka untuk jawatan ini. Berapa ramai saingan anda sebenarnya? Pembayang - calon kali ini berjumlah 'puluhan ribu'! Jadi peperiksaan ini bukan sesuatu yang anda boleh main-main.

Anda MESTI jadi BEST OF THE BEST, tapi jika anda ingin jadi BEST OF THE BEST anda perlukan persediaan rapi. Jika anda inginkan panduan yang betul-betul boleh membantu anda, nantikan jualannya dibuka. Ia dipanggil 'Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41'. Tarikh jualan ialah pada 31 Ogos 2014 (Ahad) ini. Pastikan anda membuka emel pada hari dan tarikh tersebut jika ingin menjadi antara yang BERTUAH memilikinya kerana jualan cuma dibuka selama 4 HARI sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Siapa cepat, dia dapat. Kalau perlu, tandakan pada kalendar atau setkan peringatan (remainder) pada handphone, smartphone, tab atau apa jua gajet yang anda miliki. Ia terlalu penting untuk dilepaskan!

-----

Sudahkah anda membaca maklumat penting lain di bawah?

1) Ketua Pengarah Kastam Malaysia
2) Pengurusan Teringgi Kastam Diraja Malaysia
3) Misi, Visi, Etika Dan Budaya Kastam Diraja
4) Ringkasan Pelan Strategik Kastam 2010-2014
5) Sejarah Awal Pentadbiran Cukai
6) Pentadbiran Cukai Di Negeri-Negeri Selat 1826
7) Sistem Percukaian Di Negeri-Negeri Melayu

3 Peringkat Tapisan Calon Penguasa Kastam Gred WK41

3 Peringkat Tapisan Calon Penguasa Kastam Gred WK41 | Menduduki, menjawab dengan baik dan lulus cemerlang Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 ini hanyalah syarat pertama sebelum melayakkan anda untuk ke peringkat seterusnya. Ini kerana, selepas lulus peperiksaan ini, barulah anda layak untuk ke peringkat yang seterusnya.

Secara ringkas, untuk membolehkan anda menjawat jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 anda perlu melepasi dengan 3 peringkat tapisan seperti berikut :


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Peringkat 1 : Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41
Peringkat 2 : Program Competency Assessment Centre (CAC)
Peringkat 3 : Temuduga Oleh Panel Penguasa Kastam WK41

Hanya setelah anda berjaya melalui kesemua peringkat ini sahajalah barulah anda layak bergelar TUAN dan PUAN PENGUASA KASTAM!

Nota:
Walaupun secara amnya, calon-calon adalah dikehendaki melepasi tiga tapisan lazim seperti yang disenaraikan di atas, akan tetapi pihak SPA sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dalam proses pengambilan calon adalah BERHAK MEMINDA mana-mana syarat atau peringkat atau tapisan yang mereka fikirkan perlu. Ini bermakna, boleh jadi anda perlu melalui ketiga-tiga tapisan atau empat tapisan (dengan tambahan peringkat lagi) atau barangkali cuma dua tapisan sahaja. Pihak calon dan pihak luar tidak mungkin akan mengetahui hal ini dengan tepat, kerana itu terpulang kepada budi bicara pihak SPA menurut peruntukan dan bidang kuasa yang mereka miliki.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19