Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Gagasan Dan Wawasan Kastam Diraja Malaysia

Selepas Pelan Strategik ini dilaksanakan yang berakhir pada tahun 2014, peranan JKDM diharap akan lebih menyerlah dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan Kastam. Oleh kerana agenda pengurusan dan perkhidmatan Kastam adalah agenda yang berterusan, maka Pelan Strategik JKDM Tahun 2010 hingga 2014 bukanlah suatu tempoh yang secukupnya untuk mengukur pencapaian secara holistik. Akan tetapi perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangunkan dan memantapkan lagi transformasi pengurusan serta perkhidmatan Kastam berdasarkan kepada keperluan semasa.

Selepas tahun 2014, JKDM mempunyai gagasan dan berwawasan untuk mencapai ke tahap seperti berikut:

1. Menjadi agensi percukaian yang terunggul di Malaysia;

2. Pengurusan dan perkhidmatan Kastam yang cekap dan berkesan serta dijadikan penandaras dan pusat rujukan di peringkat antarabangsa;

3. Dapat menyediakan semua perkhidmatan teras dan sokongan secara on-line;

4. Standard perkhidmatan yang diberikan melangkaui jangkaharap pelanggan dan stakeholders.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

7 Elemen Penentu Kejayaan Pelan Strategik JKDM

Tujuh elemen utama dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pelan strategik ini seperti berikut:

• PENGURUSAN ILMU (KNOWLEDGE MANAGEMENT)Ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pemodenan pentadbiran serta sistem penyampaian perkhidmatan akan dikongsi dan ditambah nilai melalui penggunaan sistem Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management (KM). Penggunaan optimum KM akan memastikan penggunaan sumber ilmu secara berkesan dalam mencapai teras strategik JKDM.

• PEMBANGUNAN MODAL INSANTumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Pendekatan mentor-mentee, coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja.

• KOMITMEN PENGURUSAN ATASANPengurusan atasan JKDM perlu memberikan perhatian serius serta menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami oleh semua peringkat warga JKDM.

• INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTURJKDM sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang baik bagi menyokong operasinya. Kemudahan infrastruktur dan infostrukutur yang baik serta disokong oleh sumber manusia yang berkeupayaan akan memacu JKDM ke arah pencapaian matlamat perancangan strategik dengan lebih cemerlang.

• KAPASITI ORGANISASIKapasiti organisasi JKDM akan diperkukuhkan agar dapat melaksanakan program/ tindakan baru ke arah mencapai matlamat strategik yang ditentukan. Kapasiti ini akan disokong oleh struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan tugasan secara fleksibel seperti kerja berpasukan, matriks dan berasaskan projek.

• PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG BERKESANKejayaan pelan strategik ini amat bergantung kepada cara pelaksanaan dan pemantauan yang mantap. Pemantauan diadakan secara berkala dan penambahbaikan dibuat pada setiap peringkat pelaksanaan supaya ia sentiasa berada dilandasan yang betul.

• KAJIAN SEMULA PELAN STRATEGIKKajian semula Pelan Strategik JKDM akan diadakan pada tahun 2012 untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan teras strategik dan tahap pencapaian sasaran prestasi yang ditetapkan. Kajian semula akan mengambilkira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik JKDM.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

5 Teras Strategik Kastam Diraja Malaysia

Lima Teras Strategik utama telah dikenalpasti bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu kritikal dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan. Lima Teras Strategik tersebut adalah seperti berikut:

1. Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nilai-nilai Murni Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Berasaskan Konsep Satu Kastam.

2. Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

3. Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pungutan hasul bagi kemakmuran negara.

4. Memantapkan fasilitasi kepada konuniti perdagangan dan perindustrian bagi meningkatkan daya saing negara.

5. Mempertingkatkan pematuhan undang-undang untuk memelihara kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

Model Transformasi Kastam Diraja Malaysia

Model pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti gambarajah di atas. Model ini dinamakan Model Transformasi Kastam. Model ini berbentuk sebuah rumah yang mempunyai lima tiang teras iaitu teras strategik dan menumpukan kepada tiga fokus iaitu Insan, Sistem dan Output/Outcome yang melambangkan Pembangunan Insan, Pembangunan Sistem dan Pembangunan Output/Outcome. Tindakantindakan/ program-program yang dirancang dalam Pelan Strategik adalah untuk mencapai tiga fokus ini.

Model ini menekankan konsep bahawa melalui tindakan-tindakan atau program program pembangunan insan yang cemerlang atau kamil dan sistem yang mantap serta terkini akan menghasilkan output/outcome yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard yang ditetapkan bagi mencapai Misi dan Visi JKDM berdasarkan lima teras strategik yang dinyatakan di atas.

Pembangunan Insan, Sistem dan Output/Outcome ini ditunjangi oleh nilai bersama TRUST iaitu Togetherness (bersatu hati), Respect (saling menghormati), Understanding (faham memahami), Spiritual (kerohanian jiwa) dan Totality (menyeluruh). Nilai TRUST boleh membina nilai intrinsik di dalam jiwa warga JKDM dan jika nilai ini dapat berdiri teguh di dalam kepimpinan, kebenaran, keceriaan dan kegembiraan sentiasa berada bersama sepanjang masa dalam JKDM.

Visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Huraian Visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia bermaksud perkhidmatan yang telah mencapai taraf yang terbaik dengan melaksanakan amalan-amalan terbaik yang diterima pakai di peringkat global dan sentiasa berusaha untuk menambah baik secara berterusan dengan membudayakan amalan-amalan pengurusan kualiti menyeluruh serta memberi tumpuan yang tinggi terhadap kepuasan pelanggan.

Disamping itu, perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga membawa pengertian sebagai suatu perkhidmatan yang mematuhi semua konvensyen, amalan dan prosedur Kastam antarabangsa.

Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga mestilah harmoni dengan konvensyenkonvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan Kastam, mempunyai kerangka berkanun bagi menguatkuasakan perundangan Kastam dan mempunyai pegawaipegawai yang pakar untuk menguatkuasakan perundangan tersebut bagi mencapai Misi JKDM.

Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Huraian Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Memungut hasil negara, memberi fasilitasi perkastaman dan memastikan pematuhan perundangan adalah merupakan core business JKDM. Memungut hasil negara masih lagi merupakan tugas terpenting JKDM berbanding dua tugas yang lain. Tugas lain seperti memberi fasilitasi perkastaman dan memastikan pematuhan perundangan adalah merupakan elemen-elemen penyokong ke arah memperkemas dan memperteguhkan lagi tanggungjawab JKDM sebagai pemungut hasil negara.

Fasilitasi perkastaman hanyalah diberikan kepada pihak yang layak sahaja dan syarikat yang mendapat fasilitasi atau pengecualian pula perlu dikawal bagai memastikan mereka memenuhi syarat pengecualian atau fasilitasi supaya hasil tidak hilang.

Selain itu syarikat yang mendapat pengecualian akan menghasilkan produk yang kompetitif dan apabila produk ini dipasarkan, cukai akan dipungut oleh JKDM. Begitulah juga peranan dalam aspek pematuhan perundangan yang seharusnya boleh memberi sokongan ke arah memperkuatkan tugas JKDM sebagai pemungut hasil. Ketiga-tiga core business JKDM yang utama ini perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Etika Perkhidmatan Kastam Diraja Malaysia


Huraian Etika Perkhidmatan Kastam Diraja Malaysia


AMANAH BERKHIDMAT

• AMANAH berkhidmat kepada masyarakat, Jabatan dan negara dengan bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah.

• AMANAH di dalam berusaha membangunkan kemajuan diri dan perkhidmatan melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah yang praktikal, dalam segala tindakan dan keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negatif yang merugikan.

• AMANAH dan tegas menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan undang-undang dan peraturan; yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran serta sentiasa berusaha menguasai pengaruh sentimen prasangka dan hasad dengki.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


IKHLAS

• IKHLAS memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara yang baik dan berfaedah.

• IKHLAS memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui kelemahan yang ada di samping berusaha untuk mengatasinya.

• IKHLAS berkhidmat kepada masyarakat, Jabatan dan negara serta merasa bangga di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.


DEDIKASI

• DEDIKASI dalam memberi perkhidmatan dengan menggunakan sepenuh daya, tenaga dan kesempatan ke arah melaksana dan menyempurnakan segala tanggungjawab.

• DEDIKASI dalam mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang baik untuk kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.

• DEDIKASI memimpin melalui teladan dan amalan yang luhur ke arah memupuk persefahaman, perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan espirit de corps di kalangan semua pegawai dan kakitangan.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Slogan Perkhidmatan Kastam Diraja Malaysia


Huraian Slogan Perkhidmatan Kastam Diraja Malaysia

Sesungguhnya pelanggan menghargai organisasi yang menyediakan perkhidmatan berkualiti dan cemerlang. Pelanggan JKDM bukan sahaja melibatkan pelanggan luaran tetapi juga pelanggan dalaman iaitu warga Jabatan.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Di samping itu JKDM juga perlu memenuhi kehendak stakeholders dalam melaksanakan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan. “Anda” bukan sahaja bermaksud pelanggan luaran tetapi juga pelanggan dalaman dan stakeholders. Untuk melahirkan pelanggan yang ceria, JKDM mestilah berjaya menangani seberapa boleh isu atau masalah yang membelenggui pelanggan.

Jika ini berjaya dicapai, sudah tentulah matlamat utama JKDM di dalam menyumbang pungutan hasil yang tinggi kepada negara berjaya dicapai dan semua pihak akan merasa gembira kerana mereka telah memberikan sumbangan secara bersama.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Nilai TRUST Dalam Kastam Diraja Malaysia


Huraian Nilai TRUST - Kastam Diraja Malaysia

JKDM telah memperkenalkan nilai TRUST sebagai salah satu nilai bersama. Nilai TRUST ini diterapkan sebagai budaya organisasi untuk membina nilai intrinsik jiwa warga Kastam supaya kebenaran, keceriaan dan kegembiraan akan sentiasa bersama sepanjang masa memakmur dan membahagiakan JKDM.

Nilai ini seharusnya menjadi asas di dalam hubungan kerja seharian, sama ada sesama warga mahupun stakeholders dan pelanggan JKDM. Maksud TRUST dijelaskan seperti berikut:

Togetherness – Bersatu Hati
Bersatu hati dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan mengutamakan kerja secara berpasukan. Bersama-sama mengembeling tenaga untuk memberikan perkhidmatan yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak sama ada pihak pekerja, majikan dan pelanggan.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Respect - Saling Menghormati
Saling menghormati diantara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Understanding - Faham Memahami
Faham memahami secara jujur dan ikhlas supaya dapat mengurustadbirkan organisasi dengan penuh tanggungjawab dan diredhai Allah S.W.T.

Spiritual - KerohanianKerohanian jiwa yang luhur berlandaskan sifat-sifat jujur, ikhlas, saling mempercayai antara satu sama lain dan kecintaan yang tinggi terhadap organisasi dan warganya.

Totality - MenyeluruhMenyeluruh atau holistik adalah suatu pendekatan dalam menguruskan sesuatu secara menyeluruh, seimbang dan teratur. Pengurusan secara menyeluruh yang diamalkan akan melahirkan budaya organisasi yang cemerlang, berorientasikan pelanggan (customer centric), berjalan secara berterusan (continuous improvement) dan melibatkan semua aspek dalam organisasi (Total Perspective).

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Fokus Pembangunan Jabatan Kastam Negara

Adalah menjadi harapan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya agenda utama Pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hendaklah berdasarkan kepada pembaharuan budaya kerja, perubahan budaya kerja, mempertingkatkan pembangunan modal insan, membentuk kepuasan bekerja di kalangan warga kastam dan pentadbiran JKDM dilaksanakan dengan cekap dan penuh integriti. Program-program pembangunan JKDM hendaklah selari dengan wawasan, aspirasi dan misi negara.

Untuk mencapai hasrat diatas, tiga (3) fokus pembangunan telah dikenalpasti iaitu Pembangunan Insan, Pembangunan Sistem dan Pembangunan Output/Outcome. Dalam konteks penyediaan Pelan Strategik JKDM ini, penjelasan kepada aspek pembangunan Insan, Sistem dan Output/Outcome adalah seperti berikut :

Pembangunan Insani) Insan bermaksud manusia, iaitu sumber yang paling penting dalam sesebuah organisasi disamping sumber-sumber lain seperti mesin dan peralatan, kewangan, sistem dan prosedur kerja. Manusia adalah penggerak organisasi dan menentukan kejayaan pencapaian visi, misi matlamat dan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan;

ii) Stakeholders dan pelanggan-pelanggan JKDM mempunyai jangkaharap yang tinggi ke atas prestasi keseluruhan JKDM khususnya prestasi sistem penyampaian perkhidmatan. Oleh itu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, JKDM memerlukan pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berintegriti, pakar, inovatif dan proaktif disamping dapat memastikan JKDM mencapai Visi dan Misinya;

iii) JKDM perlu mempunyai program pembangunan insan yang lebih seimbang, terancang dan berterusan untuk melahirkan warga yang berwibawa, berpengetahuan, berketerampilan dan mempunyai sikap yang positif dalam menjalankan tugas-tugas serta dapat menyesuaikan diri dengan perubahan global. Program Pembangunan Insan yang dirancang hendaklah memenuhi kepuasan warga JKDM dalam semua aspek seperti pengagihan tugas, penempatan, kenaikan pangkat, pembangunan kerjaya, peluang latihan, kelengkapan fi zikal, pengiktirafan, jaminan kebajikan dan keselamatan.

iv) JKDM mengharapkan insan yang dibangunkan berupaya memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholders serta selari dengan trend perdagangan dan keselamatan global. Insan yang dibangunkan diharapkan juga memiliki tahap integriti melangkaui pematuhan serta berupaya menterjemahkan peranan Kastam di abad ke 21. Secara ideal insan tersebut memiliki sifat insan kamil (sidiq, amanah, tabligh, fatonah).

Pembangunan Sistemi) Perkataan sistem adalah daripada perkataan latin iaitu systema bermaksud satu set entiti yang saling berinteraksi dan bantu membantu membentuk suatu integrasi keseluruhan. Sistem dari aspek pengurusan boleh didefi nasikan sebagai satu kumpulan yang terdiri daripada dasar-dasar, prosedur, kaedah, pekerja, mesin atau lojistik dan lain-lain elemen yang berinteraksi serta membolehkan organisasi mencapai matlamatnya.

ii) Dalam konteks JKDM sistem yang dimaksudkan di sini boleh dikaitkan dengan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan stakeholder. Pelanggan-pelanggan JKDM memerlukan perkhidmatan yang cekap untuk memudahkan urusan mereka. Adalah menjadi cabaran kepada JKDM untuk memperbaiki dan menambahbaik mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Aspek-aspek sistem seperti perundangan, prosedur, proses kerja, peralatan dan mesin serta teknologi perlu dikaji semula bagi mengurangkan karenah birokrasi.

iii) Melalui pembangunan sistem JKDM akan muncul sebagai sebuah organisasi yang memiliki amalan pengurusan organisasi yang diiktiraf dunia serta relevan dengan tuntutan pelanggan, rakyat, negara dan masyarakat global. Mutu sistem perkhidmatan JKDM akhirnya boleh menjadi rujukan dan benchmarking negara lain di peringkat global.

Pembangunan Output/Outcomei) Output terbahagi kepada dua iaitu ouput organisasi dan output proses. Output organisasi atau outcome adalah output akhir iaitu merupakan kesan/impak daripada proses-proses yang dilakukan manakala output proses adalah dihasilkan daripada tindakantindakan yang dilakukan dalam proses berkenaan. Output organisasi atau outcome adalah seperti jumlah pungutan hasil, tahap kepuasan pelanggan dan persepsi masyarakat terhadap JKDM. Output proses adalah seperti kertas-kertas siasatan, laporan pemeriksaan akaun, laporan pasca audit dan sebagainya.

ii) Dalam konteks pembangunan output/outcome, output/outcome yang dihasilkan hendaklah sentiasa melebihi daripada yang ditetapkan sama ada dari segi kualiti dan juga keberkesanannya. Output/outcome perkhidmatan Kastam diharapkan dapat melangkaui standard kehendak pelanggan, stakeholders, rakyat, negara dan masyarakat global.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

12 Cabaran Perlu Dihadapi Jabatan Kastam Malaysia

12 Cabaran Perlu Dihadapi Jabatan Kastam Malaysia | Cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh JKDM bagi tempoh lima tahun akan datang berdasarkan senario persekitaran semasa negara adalah seperti berikut:

1. JKDM perlu mendukung aspirasi kerajaan ke arah menjadikan gagasan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dengan merealisasikan gagasan JKDM yang bertemakan “Satu Kastam, Pelanggan dan Stakeholders Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

2. Pelanggan sentiasa menuntut tahap perkhidmatan Kastam yang cekap, tepat dan responsif. Mereka mengharapkan perkhidmatan JKDM disediakan dengan lebih mudah dan telus tanpa memerlukan mereka hadir untuk berurusan dengannya. Tuntutan ini selaras dengan keperluan untuk menjadikan perkhidmatan Kastam sebagai perkhidmatan yang terbaik di dunia.

3. JKDM perlu memenuhi dan mematuhi standard-standard global serta amalan-amalan terbaik yang bersifat world class yang perlu dijadikan asas kepada penyampaian perkhidmatan Kastam yang berkualiti tinggi selaras dengan “Peranan Kastam di Abad ke 21”.

4. Globalisasi merupakan cabaran utama negara. Pelbagai idea dan trend sentuhan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan telah memberi kesan kepada suasana politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. Ekonomi dunia kini dipengaruhi oleh elemen-elemen penggerak utama seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang meluas dan disokong oleh infrastruktur yang mantap, aliran modal yang besar serta gerakan liberalisasi tarif dan perdagangan.

5. Persaingan di kalangan negara-negara dunia semakin sengit bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa. Daya saing negara dinilai dari segi kemampuannya untuk menarik masuk pelaburan dan perdagangan berbanding dengan negara-negara lain khususnya negara-negara rantau Asean. Cabaran Kastam menjadi lebih ketara dengan adanya standard-standard yang ditetapkan oleh organisasi antarabangsa seperti WTO, WCO, Asia Pacifi c Economic Community (APEC) dan Asean Economic Community (AEC).


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


6. Penyeragaman proses dan prosedur perkastaman perlu dilaksanakan. Pelanggan sentiasa menuntut perkhidmatan Kastam yang lebih mudah, seragam, cekap, cepat dan responsif. Pelaksanaan konsep “Satu Kastam” membolehkan JKDM memenuhi tuntutan dan harapan pelanggan.

7. Kekangan modal insan dan peralatan merupakan satu halangan bagi JKDM untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Untuk memastikan pelepasan dagangan yang cekap, JKDM perlu mempunyai pegawai yang dedikasi, efi sen, komited dan menggunakan peralatan-peralatan berteknologi tinggi. Kekurangan pegawai yang cekap dan peralatan yang terhad boleh mengganggu proses pelepasan dan fasilitasi perdagangan.

8. Desakan rakyat dan stakeholders yang berkehendakkan JKDM memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan cemerlang. Masyarakat Malaysia menganggap penyeludupan barangan merupakan satu ancaman kepada perniagaan yang sah. Masyarakat mengharapkan JKDM memastikan fasilitasi perdagangan dinikmati oleh hanya peniaga-peniaga yang jujur supaya dapat mempercepatkan pelepasan perdagangan dengan secara tidak langsung dapat mengelakkan kebocoran hasil negara.

9. Keperluan untuk mendapatkan sumber tenaga manusia, kewangan dan logistik yang mencukupi serta pengurusan tenaga manusia, kewangan aset dan harta modal dengan cekap dan berkesan.

10. Keperluan untuk meningkatkan pungutan hasil Jabatan berasaskan peratus kenaikan yang telah ditetapkan.

11. Keperluan untuk sentiasa mempermudahkan sistem, prosedur dan memperkemaskan perundangan mengikut perkembangan semasa selaras dengan amalan perkastaman antarabangsa.

12. Keperluan untuk menjamin keberkesanan pungutan hasil dan fasilitasi perdagangan dengan aktiviti penguatkuasaan serta kawalan penyelewengan tanpa mengganggu transaksi perdagangan yang sah.

-----

Exam Online SPA

Format Exam online SPA untuk Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa kastam Gred WK29 menerima perubahan mendadak. Di bawah  dijelaskan perubahan format 2018 vs Format 2019/2020 :

Format Penguasa Kastam WK41 / WK29 - 2018

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penguasa Kastam WK41 / WK29 - 2019/2020

  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. macam lebih kurang je ni?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

So, jika anda gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penguasa Kastam WK41 / Penolong Penguasa kastam WK29 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang anda akan buang masa.

Masa anda akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak 'tragedi tragis'


Calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon mengalami 'tragedi tragis' lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Almaklumlah, kita ni lahir-lahir da memang cakap Malaysia atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang 'Yes' 'No' je la.

Untuk memahami dengan lebih lanjut seksyen B ini, sila rujuk penerangan dan beberapa contoh soalan SPA kefahaman Bahasa Inggeris (versi Updated 2020) ni.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan kebolehan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi mestilah diselesaikan dengan menggunakan ketajaman akal dan logik minda. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang betul.

Penjelasan lebih detil mengenai seksyen A ini, anda boleh rujuk contoh soalan SPA - Daya Menyelesaikan Masalah. Contoh soalan dan jalan kira ditunjukkan dengan teliti.

Isu-Isu Strategik Perkastaman Di Malaysia

Isu-Isu Strategik Perkastaman Di Malaysia | Melalui analisis senario persekitaran beberapa isu-isu strategik dihadapai perkastaman di Malaysia telah dikenalpasti seperti berikut:


Pelaksanaan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam
Pihak Kerajaan merancang untuk membangunkan satu Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam bagi tempoh 2010 hingga 2014 supaya pada tahun 2015, perkhidmatan awam Malaysia akan menjadi antara lima agensi perkhidmatan awam terbaik di dunia. Agensi-agensi perkhidmatan awam di Malaysia akan melaksanakan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam ini untuk mencapai tujuan di atas.

Gagasan Malaysia
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan idea gagasan Malaysia yang bertemakan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi merealisasikan gagasan ini, JKDM juga menyediakan gagasan yang bertemakan “Satu Kastam, Pelanggan dan Stakeholders Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Gagasan ini akan dilaksanakan melalui Pelan Strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia tahun 2010 hingga 2014.

Peranan Kastam Di Abad Ke 21
Perubahan peranan Kastam di peringkat global pada abad ke 21, daripada satu agensi pemungut hasil dan kawalan pergerakkan barang kepada menyediakan fasilitasi perdagangan dan memastikan keselamatan kepentingan negara serta menyelamat hasil negara. JKDM akan terus berperanan untuk mengawal pergerakan barangan dalam perdagangan antarabangsa demi memastikan kepentingan negara terjamin disamping melindungi kutipan hasil.

Pendekatan Baru Dalam Kawalan Sempadan
Banyak kaedah baru diperkenalkan dalam pengurusan pergerakan perdagangan melepasi sempadan seperti WCO SAFE Framework of Standards to Secure and Facilitate Global Trade dan lain-lain inisiatif seperti Megaport Initiative dan Container Security Initiative.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Desakan Daripada Masyarakat
Masyarakat dunia menganggap penyeludupan barangan terutama barang larangan dan merbahaya seperti senjata api dan narkotik melepasi sempadan adalah satu ancaman yang serius. Jangkaharap masyarakat memastikan dagangan memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan. Masyarakat juga mengambil berat ancaman kepada kesihatan masyarakat dan alam sekitar.

Corak Perdagangan Baru
Dianggarkan lebih daripada 50% perdagangan dunia melibatkan pihak-pihak yang berhubungan.
Peningkatan Dalam Frod Hasil
Terdapat peningkatan ancaman berkaitan dalam perlarian dan pengelakkan duti/cukai.

Krisis Ekonomi Dunia
Krisis ekonomi dunia telah menyebabkan keadaan ekonomi global menjadi tidak menentu (uncertainty). Pertumbuhan ekonomi negara telah menguncup iaitu KDNK pada suku tahun pertama 2009 adalah -6.2% berbanding 2008 sebanyak 4.6%. Keadaan ini telah memberi kesan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan negara. Kemerosotan ini telah memberi impak kepada penurunan pungutan hasil JKDM.

Perdagangan Antarabangsa
Perjanjian perdagangan antarabangsa seperti WTO, Asean Free Trade Agreement (AFTA)/ Free Trade Agreement (FTA) dan sebagainya telah mewujudkan liberalisasi perdagangan yang menyebabkan daya saing perdagangan dunia tidak terbatas. Keadaan ini akan mengurangkan pungutan hasil negara khususnya kadar duti import akan berkurangan di bawah AFTA/FTA. Dengan pengurangan kadar duti import menyebabkan barangan import akan menjadi lebih murah dan bersaing dengan barangan keluaran tempatan. JKDM perlu memainkan peranan bagi memastikan pelaksanaan perjanjian itu dilakukan dengan betul supaya tidak menjejaskan aliran perdagangan yang sah.

Politik Dan Sosial
Dunia masih dibayangi oleh peristiwa 11 September 2001 iaitu setiap barangan yang akan dieksport ke negara-negara besar seperti Amerika Syarikat diwajibkan melalui pemeriksaan yang lebih ketat. Begitu juga barang-barang yang diimport juga perlu menjalani pemeriksaan rapi. Peranan JKDM adalah untuk memastikan dan mengesahkan pengikraran import hendaklah tepat dan betul dari segi nilai, kod penjenisan, kuantiti, negara tempat asal dan sebagainya.

Peningkatan Jumlah Perdagangan Dan Kepelbagaian
(Complexity) Perdagangan Antarabangsa Perdagangan antarabangsa telah meningkat lebih daripada 8% pada tahun 2006. Terdapat banyak perkembangan perjanjian perdagangan serantau. Layanan keutamaan dalam perdagangan adalah mengikut prinsip Rule of Origin yang kompleks.

Perubahan Model Dan Keperluan Perniagaan Terkini
Konsep just in time distribution yang memerlukan kaedah-kaedah lebih inovatif dalam penghantaran dagangan melepasi sempadan menggunakan multimodal transport menyebabkan tekanan dalam rangkaian bekalan dagangan. Disamping itu terdapat desakan dari pihak peniaga untuk melindungi daripada ketidakadilan dalam amalan perdagangan antarabangsa, penyeludupan, pengikraran rendah, frod tempat asal, kesalahan penjenisan dan perlanggaran harta intelek.

Peningkatan Ancaman Keselamatan Dan Jenayah Terancang
Rangkaian bekalan perdagangan mudah dieksploitasi oleh kumpulan pengganas. Gangguan daripada kumpulan pengganas kepada rangkaian bekalan boleh menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti/tergendala. Jenayah terancang beroperasi melalui rangkaian perdagangan dan terlibat dalam aktiviti haram seperti mengelak duti/cukai, frod melepasi sempadan, penyeludupan dadah, barangan berbahaya, barangan larangan, penggubahan wang haram (Money Laundering) dan perdagangan barangan tiruan.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Akta dan Perundangan Subsidiari Eksais dan Zon Bebas

Akta dan Perundangan Subsidiari Eksais dan Zon Bebas | Berikut pula adalah akta dan perundangan subsidiari yang memberikan kuasa kepada Kastam Diraja Malaysia dalam hal eksais dan zon bebas.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Penolong Penguasa Kastam WK29 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


EKSAIS
1. Akta Eksais 1976

2. Perundangan Subsidiari:
- Peraturan-Peraturan Eksais 1977
- Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesenan) 1977
- Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor Yang Memabukkan) 1977
- Peraturan-Peraturan Eksais (Membotol dan Memindah Liquor Yang Memabukkan) 1977
- Peraturan-Peraturan Eksais (Kawalan Todi dan Kedai-Kedai Todi) 1977
- Peraturan-Peraturan Eksais 1977
- Perintah Duti Eksais (Pengecualian) 1977
- Perintah Duti Eksais (Penjualan Liquor Yang Memabukkan Oleh Ahli Kimia) 1977
- Perintah Duti Eksais (Tarikbalik Duti) 1981
- Perintah Duti Eksais (Pengecualian Daripada Perlesenan) 1984
- Perintah Duti Eksais 1991
- Perintah Duti Eksais (Partial Exemption) (Revocation) 1999
- Perintah Duti Eksais (Partial Exemption) No. 2 (Revocation) 1999
- Perintah Duti Eksais (Partial Exemption) (Labuan & Langkawi) (Revocation) 1999
- Perintah Duti Eksais (Tioman) 2004

ZON BEBAS
1. Akta Zon Bebas 1990

2. Perundangan Subsidiari:
- Perintah Zon Bebas (Pengendalian Barang Dan Perkhidmatan) 1988
- Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991

Format Exam online SPA untuk Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa kastam Gred WK29 sudah mengalami perubahan. Ikuti penjelasan di bawah  mengenai perubahan format 2018 vs Format 2019/2020 :

Format Penguasa Kastam WK41 / WK29 - 2018



  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah


Format Penguasa Kastam WK41 / WK29 - 2019/2020



  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris


Eh.. macam lebih kurang je?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika anda gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penguasa Kastam WK41 / Penolong Penguasa kastam WK29 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang anda akan buang masa.

Masa anda akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak tergigit lidah


Calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon 'tergigt lidah' lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Untuk memahami dengan lebih lanjut seksyen B ini, boleh rujuk penerangan dan beberapa contoh soalan SPA kefahaman Bahasa Inggeris (versi Updated 2020) ni.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Malaysia atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang 'Yes' 'No' je la.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan daya penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan ketajaman minda dan logik akal. Selain itu, aplikasi formula matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang betul.

Penjelasan lebih detil mengenai seksyen ini, anda boleh rujuk contoh soalan SPA - Daya Menyelesaikan Masalah. Contoh soalan dan jalan kira ditunjukkan dengan teliti.

Punca Kuasa Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan

Punca Kuasa Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan | Kastam Diraja Malaysia menjalankan kuasanya dalam hal Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dengan punca kuasa yang dibekalkan oleh akta dan perundangan subsidiari berikut:

A. CUKAI JUALAN1. Akta Cukai Jualan 1972

2. Perundangan Subsidiari:
- Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972
- Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Dari Pelesenan) 1972
- Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 1972
- Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980
- Perintah Cukai Jualan (Kadar-Kadar Cukai) 1988
- Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) (Kawasan Bebas Cukai) (Pengkalan Kubur) 1989
- Perintah Cukai Jualan (Petroleum) (Bayaran) 1999
- Perintah Duti Cukai Jualan (Tioman) 2004


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


B. CUKAI PERKHIDMATAN1. Akta Cukai Perkhidmatan 1975

2. Perundangan Subsidiari:
- Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
- Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar-Kadar Cukai) 2000

-----

Sementara tu, bagi calon yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, anda jangan tinggal duduk diam pula. Baca penjelasan penuh mengenai ujian psikometrik SPA. Termasuk sejarah, format ujian dan contoh soalan.

Senarai Perundangan Subsidiari Kastam Diraja

Senarai Perundangan Subsidiari Kastam Diraja | Punca kuasa bagi JKDM melaksanakan tugas dan tanggungjawab selain daripada Akta Kastam 1967, juga adalah Perundangan Subsidiari yang dikuatkuasakan olehnya. Antara Perundangan Subsidiari yang dikuatkuasakan oleh JKDM adalah seperti berikut:

01. Peraturan-Peraturan Kastam 1977

02 Peraturan- Peraturan Kastam (Kawasan-Kawasan Yang Dilarang) (Johor Bahru) 1977

03. Perintah Kastam (Warehouse Rent Handling and Weighing Charges) 1977

04. Perintah Bayaran Kastam 1977

05. Perintah Kastam (Sewa Gudang, Caj Kendalian Dan Timbang) 1977

06. Peraturan- Peraturan Kastam (Keluaran Kelapa Sawit) (Takrif) 1984

07. Perintah Duti Kastam (Langkawi) 1986

08. Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988

09. Perintah Kastam (Pengecualian) (Processed Oil Products) 1988

10. Perintah Duti Kastam (Pengecualian) (Barang-Barang Berasal Dari Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) 1988


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


11. Perintah Duti Kastam (Pengecualian) (Barang-Barang Berasal Dari Negeri ASEAN) 1988

12. Perintah Duti Kastam (Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur) 1989

13. Perintah Duti Kastam (Pengecualian) (Barang-Barang Berasal Dari Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) 1995

14. Perintah Duti Kastam 1996

15. Perintah Kastam (Pengecualian Sementara) (Processed Palm Oil) 1996

16. Peraturan-Peraturan Kastam (Completely Knocked Down dan Completely Built Up) (Takrif No. 1) 1998

17. Peraturan-Peraturan Kastam (Completely Knocked Down dan Completely Built Up) (Takrif No. 2) 1998

18. Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999

19. Perintah Takrif Nilai (Labuan) 1999

20. Perintah Takrif Nilai (Langkawi) 1999

21. Perintah Kastam (Sekatan Pergerakan) 2000

22. Perintah Duti Kastam (Tioman) 2004

23. Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Samarata) 2004

24. Perintah Kastam (Nilai-Nilai) (Isi Kelapa Sawit) (Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China) 2005

25. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008

26. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Fungsi Dan Peranan Jabatan Kastam Malaysia

Fungsi Dan Peranan Jabatan Kastam Malaysia | Untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, JKDM memainkan peranan seperti berikut:

1. Memungut Hasil Negara
Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian
JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan
JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Pengenalan Dan Latar Belakang JKDM

Pengenalan Dan Latar Belakang JKDM | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ialah sebuah agensi kerajaan di bawah kawalan Kementerian Kewangan yang bertanggung jawab mengurus pelaksanaan sistem cukai tidak langsung negara.

Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka di abad ke-15, tugas memungut cukai Kastam dikawal oleh Penghulu Bendahari. Melalui catatan dokumen perundangan Kastam yang pertama, The Revenue Farms Enactment No.11, 1904, Pegawai Kastam diberi tanggungjawab mengawal kutipan cukai import minuman keras dan jualan candu melalui sistem tax farming.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, JKDM meneruskan tanggungjawab tradisinya itu tetapi dengan fungsi yang semakin penting sebagai pemungut hasil negara. Keadaan ini berlaku kerana Malaysia yang ketika itu baru bebas dari penjajahan, amat bergantung kepada hasil-hasil cukai kastam bagi membiayai pembangunan rakyat.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Sebagai mengiktiraf peranan JKDM terhadap ekonomi negara, DYMM SPB Yang DiPertuan Agong telah menganugerahi JKDM dengan gelaran ‘Diraja’ pada 29 Oktober 1963.

Pada hari ini, JKDM berhadapan dengan cabaran globalisasi dan liberalisasi perdagangan. Disamping kekal melaksanakan dasar-dasar percukaian negara mengikut kepentingan nasional, JKDM turut terikat dengan tuntutan dan standard amalan perkhidmatan yang ditetapkan oleh World Trade Organisation (WTO), World Customs Organisation (WCO) serta jawatankuasa-jawatankuasa ekonomi dan perdagangan peringkat dunia yang dianggotai Malaysia.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Ringkasan Pelan Strategik Kastam 2010-2014

Ringkasan Pelan Strategik Kastam 2010-2014 | Sebagai sebuah agensi pemungut hasil yang utama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat dan stakeholders. Kecemerlangan ini dapat direalisasikan melalui Pelan Strategik yang digubal oleh JKDM. Pelan Strategik ini menyediakan rangka dasar, hala tuju dan bidang fokus JKDM bagi melaksanakan agenda pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatannya untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2010 hingga 2014.

Untuk memenuhi hasrat ini, JKDM membuat transformasi yang melibatkan pindaan Visi dan Misi supaya lebih relevan dengan perubahan semasa dan dapat membawa pencapaian JKDM sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi serta bertaraf dunia.

Visi JKDM telah dipinda kepada Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015. Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia bermaksud perkhidmatan yang telah mencapai taraf yang terbaik dengan melaksanakan amalanamalan terbaik yang diterima pakai di peringkat global dan sentiasa berusaha untuk menambah baik secara berterusan dengan membudayakan amalan-amalan pengurusan kualiti menyeluruh serta memberi tumpuan yang tinggi terhadap kepuasan pelanggan.

Disamping itu, perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga membawa pengertian sebagai suatu perkhidmatan yang mematuhi semua konvensyen, amalan dan prosedur Kastam antarabangsa. Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga mestilah harmoni dengan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan Kastam, mempunyai kerangka berkanun bagi menguatkuasakan perundangan Kastam dan mempunyai pegawai-pegawai yang pakar untuk menguatkuasakan perundangan tersebut bagi mencapai Misi JKDM.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Disamping itu Misi JKDM juga telah dipinda kepada Memacu Pertumbuhan Ekonomi, Memelihara Keselamatan Negara Dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil, Fasilitasi Perdagangan Dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan Undang-Undang Secara Cekap Dan Berkesan. Misi ini dipinda supaya sesuai dengan perubahan peranan Kastam di peringkat global pada abad ke 21, daripada satu agensi pemungut hasil dan kawalan pergerakan barang kepada menyediakan fasilitasi perdagangan dan memastikan keselamatan kepentingan negara serta menyelamat hasil negara.

JKDM akan terus berperanan untuk mengawal pergerakan barangan dalam perdagangan antarabangsa demi memastikan kepentingan negara terjamin disamping melindungi kutipan hasil. Lima Teras Strategik utama telah digubal bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggung jawabkan serta menangani isu-isu kritikal dan cabarancabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan

Misi yang ditetapkan. Lima Teras Strategik tersebut adalah seperti berikut:

• Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nilai-nilai Murni Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Berasaskan Konsep Satu Kastam

• Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

• Mempertingkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara

• Memantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian bagi Meningkatkan Daya Saing Negara

• Mempertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk Memelihara Kepentingan Ekonomi, Sosial dan Keselamatan Negara JKDM telah memperkenalkan nilai TRUST sebagai salah satu nilai bersama.

Nilai TRUST (Togetherness – Bersatu Hati, Respect - Saling Menghormati, Understanding - Faham Memahami, Spiritual - Kerohanian) ini diterapkan sebagai budaya organisasi untuk membina nilai intrinsik jiwa warga Kastam supaya kebenaran, keceriaan dan kegembiraan akan sentiasa bersama sepanjang masa dalam JKDM.

-----

Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Misi, Visi, Etika Dan Budaya Kastam Diraja

Biasanya dalam satu-satu temuduga Penguasa Kastam, antara soalan yang kerap kali diajukan kepada calon ialah berkenaan visi dan misi. Jadi elok juga rasanya kami berkongsikan apakah misi dan visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia khas untuk calon Penguasa Kastam W41.

VISI KASTAM
Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015

MISI KASTAM
Memacu Pertumbuhan Ekonomi,
Memelihara Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil,
Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan Undang-Undang Secara Cekap Dan Berkesan

ETIKA KASTAM
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D.)

BUDAYA KASTAM
T R U S T

T - Togetherness (Bersatu Hati)
R - Respect (Saling Menghormati)
U - Understanding (Faham Memahami)
SSpiritual (Kerohanian
T - Totality (Menyeluruh)


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Anda dipanggil calon Penguasa Kastam WK41? Sila rujuk pautan di bawah:

atau mungkin anda dipanggil ke Pembantu Penguasa Kastam WK19? Kalau begitu, yang ini anda baca:

>> Rujukan Temuduga Pembantu Kastam WK19

Jabatan Kastam Dan Eksais Persekutuan Tanah Melayu 1948

Jabatan Kastam Dan Eksais Persekutuan Tanah Melayu 1948 | Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Ordinan Kastam 1952, jabatan ini diletakkan dibawah penguasaan Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dan diketuai oleh seorang Pengawal Kastam sepertimana yang terdapat sejak tahun 1938. Ia berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Dengan kuasa yang ada pada Seksyen 138 Ordinan Kastam 1952, beliau yang berada dalam Majlis Persekutuan bertanggungjawab mengeluarkan segala peraturan-peraturan yang berhubung dengan hal ehwal kastam. Kawasan Utama Kastam pada masa itu adalah seluruh Semenanjung Tanah Melayu terkecuali Pulau Pinang, untuk mengekalkan tarafnya sebagai sebuah Pelabuhan Bebas.


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948, maka timbullah keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan dan jabatan bagi memenuhi keperluan Negara yang akan menuju ke arah kemerdekaan. Dengan itu, pada tahun 1956 sebuah pusat latihan telah ditubuhkan di Bukit Baru Melaka yang pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 orang pelatih pada satu masa.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957 sekali lagi Jabatan Kastam dan Eksais dari segi struktur pentadbirannya disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka. Pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pegawal Kastam dan Eksais yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan.

Jabatan ini dari segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah berdasarkan kepada pusat perdagangan yang utama. Bagi Wilayah Utara pengkalannya adalah Pulau Pinang, meliputi Kedah, Perlis dan Perak. Bagi Wilayah Tengah pula, pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya meliputi Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Akhir sekali ialah Wilayah Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Stesen Kastam di Singapura. Tipa-tiap wilayah diketuai oleh seorang Senior Assistant Comptroller of Customs.

Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963, maka sekali lagi struktur pentadbiran Kastam dan Eksais disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan. Pada tahun 1964, ketua bagi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi Negeri Tanah Melayu dengan pindaan kepada Undang-undang Kastam 1964 diterbitkan di bawah L.N. 306 bertarikh 1hb Oktober 1964, telah diberi nama sebagai Regional Comptroller of Customs and Excise. Pada tahun 1964 juga semua pegawai yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang Pegawai Inggeris menamatkan tempoh perkhimatan masing-masing.

Walaupun wujud penyatuan dengan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia namun Sabah dan Sarawak masih bergerak dibawah Ordinan-ordinan Kastam dan Perintah Duti yang berasingan. Ini memberi kesan kepada perjalanan barangan secara bebas di antara sebuah wilayah ke wilayah yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut. Ekoran daripada masalah ini, maka pengawal bagi ketiga-tiga wilayah telah berjumpa pada pertengahan tahun 1967 dan hasil daripada perjumpaan tersebut telah melahirkan sebuah Akta Kastam No.62, tahun 1967 yang memberikan seluruh Malaysia satu undang-undang kastam yang tunggal. Akibat daripada itu Jawatan kuasa Cukai Tidak Langsung di Perbendaharaan telah giat menyediakan sebuah tarif bersam untuk ketiga-tiga wilayah. Pada 29hb Oktober 1963, jabatan Kastam dan Eksais dianugerahkan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ia merupakan detik sejarah baru dalam sejarah perkembangan Jabatan Kastam dan Eksais seterusnya.

Pada tahun 1972, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah terlibat dalam penyusunan semula pentadbiran berikutan dengan laporan seorang pakar daripada International Monetary Fund. Akibat daripada itu pada 1hb Ogos 1972, Ketua Pengarah Kastam Malaysia mewujudkan seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan seorang Penolong Ketua Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pelaksanaan, ditambah pula seorang lagi Timbalan Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pengurusan. Mulai dari tarikh tersebut juga jawatan Pengarah Kastam Wilayah Malaysia Barat telah dihapuskan dan digantikan dengan tiga Pengarah Kastam Kawasan sebagai ketua bagi tiap-tiap satu kawasan, iaitu utara, tengah dan selatan yang sebelum itu diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam.

Pada dekad 70-an dan 80-an, negara menuju ke era perindustrian akibatnya peranan Jabatan Kastam dan Eksais semakin luar. Cukai baru telah diperkenalkan seperti Cukai Jualan yang dikenakan ke atas barang yang dikilang di tempatan dan memungut cukai-cukai perkhidmatan yang diberi oleh hotel-hotel, rumah tumpangan serta pusat hiburan dan kesihatan. Untuk mengelakkan industri dan pelaburan cawangan industri telah ditubuhkan unit-unit sokongan seperti Unit Narkotik, Unit Komputer dan lain-lain unit telah diwujudkan bagi menghadapi perkembangan industri di Malaysia.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:



Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam Wk19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!

Pembentukan Kesatuan Kastam Persekutuan Tanah Melayu 1948

Dalam Persidangan Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau dikenali sebagai Durber pada tahun 1931 di Sri Menanti, Negeri Sembilan, cadangan untuk memperluaskan kesatuan telah dikemukakan oleh Sir Cecil Clementi. Cadangan beliau ini adalah berasaskan kepada semakin bertambahnya cukai import dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 1932, taraf kastam meliputi sejumlah besar barangan dan terpaksa diwujudkan prefential duty bagi barangan yang datang daripada empayar British. Akibat daripada pergantungan yang amat sangat terhadap duti import sebagai hasil negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi pada tahun 1932 berpendapat

Like the rest of the British Empire Become increasingly dependent on Customs import duties as their score that he strongly recommended the creation of a customs union embracing the whole of the Malay peninsula if trade is not to be intolerably cramped and the interdependence of one territory upon another i matter of commerce
(C.R.Emerson Malaysia a study in Direct and  Indirect Role Out 1979.P.190).

Atas alasan supaya perdagangan tidak tergugat akibat daripada bertambahnya tarif di Negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan beliau mengesyorkan supaya Kesatuan Kastam dibentuk bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Kesatuan Kastam bagi Semenanjung Tanah Melayu hanya berjaya dibentuk pada tahun 1946 iaitu dengan terbentuknya Malayan Union pada bulan April 1946, dan jabatan ini diberi nama “Customs and Excise of Malayan Union”. Walau bagaimanapun dengan pembubaran Malayan Union pada tahun 1948 maka Jabatan ini terpaksa disusun semula. Jabatan Kastam pada masa ini bukan sahaja terdiri daripada Jabatan Kastam yang diletakkan di bawah Negeri Melayu Bersekutu tetapi termasuk juga Jabatan Kastam yang di bawah Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

Penyatuan Jabatan Kastam Di Negeri Melayu Bersekutu

Pentadbiran aktiviti percukaian di Negeri Melayu dengan lebih teratur telah membawa kepada penubuhan Jabatan Kastam di Negeri Melayu bertempat di muara-muara sungai dan sempadan antara negeri dan ditugaskan khusus untuk memungut cukai ke atas barang keluaran pertanian, perlombongan, minuman keras, candu dan gambir. Sistem pentadbiran Jabatan Kastam pada masa itu adalah bersaingan antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Urusan pentadbiran jabatan dan pemungutan cukai dijalankan oleh kerani-kerani kepada pejabat daerah dan kerani daripada pejabat Perbendaharaan Negeri. Oleh itu, Jabatan Kastam tidak sepenuhnya mengendalikan pentadbiran dalam urusan pemungutan Cukai Kastam dan Eksais. Sebagai contoh di Teluk Anson, Taiping dan Kuala Lumpur, cukai-cukai dipungut oleh Bendahari Kerajaan sementara di pelabuhan, muara-muara sungai serta sempadan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, cukai dipungut oleh Kerani-kerani Kastam yang bertanggungjawab kepada Pegawai-pegawai Daerah berkenaan. Di Negeri Selangor Cukai Import ke atas candu dipungut oleh Pegawai Pelindung Hal Ehwal Orang-orang Cina.

Pada masa ini belum wujud lagi kesatuan kastam antara Negeri-negeri Melayu yang membawa masalah kepada tarif barangan dan kadar cukai yang berbeza-beza di antara negeri-negeri. Akibat daripada itu timbul keperluan bagi membentuk sebuah persekutuan antara Negeri-negeri Melayu dan telah dipersetujui pada dasarnya oleh Setiausaha Luar British dan Gabenor Negeri-negeri Selat.

Dengan terbentuknya persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka timbul usaha-usaha bagi menyatukan hal ehwal kastam antara negeri-negeri. Natijah daripada itu lahirlah satu undang-undang yang dinamakan Enakmen Hasil Barang Bilangan ll pada tahun 1904, yang bertujuan mengawal segala hasil Cukai Import ke atas minuman keras. Di bawah undang-undang ini pemborong diberi kuasa khas mengimport dengan bayaran sewa yang telah ditetapkan.

Pada tahun 1907 satu jawatan telah diwujudkan dengan nama Inspector of Trade and Customs pada 1hb Januari 1907. Pada tahun yang sama juga satu undang-undang yang dinamakan “The Customs Regulation Enactment” telah diadakan dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 1907 setelah diluluskan keempat-empat Majlis Undangan Negeri. Kemudian pada tahun 1908 nama Inspector of Trade and Customs telah diganti dengan nama Commissioner of Trade and Customs.

Dengan wujudnya enakmen 1907, maka jadual-jadual Cukai Import dan Eksport telah diseragamkan di seluruh Negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun penyatuan sepenuhnya hanya wujud pada tahun 1920 dengan pembentukan satu enakmen kastam yang seragam bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan penyatuan ini juga stesen-stesen kastam di sempadan telah dimansuhkan dan cukai tidak dikenakan jika barang tersebut dibawa daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berada dalam kesatuan kastam. Untuk memungut Cukai Eksport ke atas barang-barang yang dibawa keluar dengan kereta api maka stesen pemungut cukai telah ditubuhkan di tanah jajahan Singapura dan Prai pada tahun 1918 dan 1919, di Melaka pada tahun 1922. Stesen ini juga ditugaskan untuk memungut cukai ke atas barang yang diimport.

Pembentukan Kesatuan Kastam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyelaraskan segala peraturan kastam di antara negeri-negeri tersebut. Ia juga telah menyatakan semua pejabat kastam di bawah Pesuruhanjaya Perdagangan dan Jabatan Kastam bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Commissioner of Trade and Customs telah diubah namanya kepada Comptroller of Customs pada tahun 1938.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

Sistem Percukaian Di Negeri-Negeri Melayu

Sistem Percukaian Di Negeri-Negeri Melayu | Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu dan sebelum Sistem Residen diperkenalkan telah wujud system pentadbiran cukai di negeri-negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dimana ianya ditadbir oleh pembesar-pembesar Melayu. Pada masa ini Negeri-negeri Melayu telah dibahagikan kepada beberapa jajahan daerah yang mempunyai seorang pembesar yang berkuasa untuk mengenakan cukai ke atas rakyat. Antara cukai yang dikenakan adalah seperti contoh berikut:

a. Getah - $1 sepikul
b. Kulit Haiwan - $12.5 sepikul
c. Bijih Timah - $4 sebahara
d. Beras - $16 sepikul
e. Tembakau - $2 sepikul
f. Candu - $4 sepikul
g. Minyak - 10% setiap jenis

(C.R.J. Wikinson, Paper on Malays Subjects, O.U.P.,London,1971,P.13)


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam WK19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Dengan pengenalan Sistem Residen pada tahun 1870 hingga 1880an, maka pentadbiran British telah mengambil alih tugas memungut cukai daripada pembesar-pembesar tempatan. Sebelum pembentukan Majlis Negeri di negeri-negeri yang ditadbir melalui Sistem Residen, pemungutan hasil cukai adalah bergantung kepada budi bicara tiap-tiap Residen yang bertindak sebagai penasihat kepada Sultan. Majlis Negerilah yang kemudiannya menentukan segala perkara yang berhubung dengan Cukai Kastam di negeri-negeri berkenaan. Antara fungsi majlis tersebut adalah:

“…Connection with the Government of the country influential natives and other with whom the Government may consult, regarding proposals for taxation, appoiments concessions, the institution or abolition of laws and other matters…

Antara cukai yang telah diperkenalkan ialah:
a.    Sistem pemajakan tanah lombong dengan bayaran Cukai Eksport sebanyak $15.00 sebahara dan 1/10 bagi logam lain.
b.    Farming Revenue – cukai 2.5%
c.    Cukai ke atas candu import


Anda dipanggil ke Penguasa Kastam W41 / Pembantu Penguasa Kastam WK19? Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.





Delivered by FeedBurner

PENTING: Masukkan selain daripada emel Yahoo. 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!