Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Gagasan Dan Wawasan Kastam Diraja Malaysia

Selepas Pelan Strategik ini dilaksanakan yang berakhir pada tahun 2014, peranan JKDM diharap akan lebih menyerlah dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan Kastam. Oleh kerana agenda pengurusan dan perkhidmatan Kastam adalah agenda yang berterusan, maka Pelan Strategik JKDM Tahun 2010 hingga 2014 bukanlah suatu tempoh yang secukupnya untuk mengukur pencapaian secara holistik. Akan tetapi perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangunkan dan memantapkan lagi transformasi pengurusan serta perkhidmatan Kastam berdasarkan kepada keperluan semasa.

Selepas tahun 2014, JKDM mempunyai gagasan dan berwawasan untuk mencapai ke tahap seperti berikut:

1. Menjadi agensi percukaian yang terunggul di Malaysia;

2. Pengurusan dan perkhidmatan Kastam yang cekap dan berkesan serta dijadikan penandaras dan pusat rujukan di peringkat antarabangsa;

3. Dapat menyediakan semua perkhidmatan teras dan sokongan secara on-line;

4. Standard perkhidmatan yang diberikan melangkaui jangkaharap pelanggan dan stakeholders.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

No comments:

Post a Comment