Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

Fokus Pembangunan Jabatan Kastam Negara

Adalah menjadi harapan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya agenda utama Pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hendaklah berdasarkan kepada pembaharuan budaya kerja, perubahan budaya kerja, mempertingkatkan pembangunan modal insan, membentuk kepuasan bekerja di kalangan warga kastam dan pentadbiran JKDM dilaksanakan dengan cekap dan penuh integriti. Program-program pembangunan JKDM hendaklah selari dengan wawasan, aspirasi dan misi negara.

Untuk mencapai hasrat diatas, tiga (3) fokus pembangunan telah dikenalpasti iaitu Pembangunan Insan, Pembangunan Sistem dan Pembangunan Output/Outcome. Dalam konteks penyediaan Pelan Strategik JKDM ini, penjelasan kepada aspek pembangunan Insan, Sistem dan Output/Outcome adalah seperti berikut :

Pembangunan Insani) Insan bermaksud manusia, iaitu sumber yang paling penting dalam sesebuah organisasi disamping sumber-sumber lain seperti mesin dan peralatan, kewangan, sistem dan prosedur kerja. Manusia adalah penggerak organisasi dan menentukan kejayaan pencapaian visi, misi matlamat dan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan;

ii) Stakeholders dan pelanggan-pelanggan JKDM mempunyai jangkaharap yang tinggi ke atas prestasi keseluruhan JKDM khususnya prestasi sistem penyampaian perkhidmatan. Oleh itu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, JKDM memerlukan pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berintegriti, pakar, inovatif dan proaktif disamping dapat memastikan JKDM mencapai Visi dan Misinya;

iii) JKDM perlu mempunyai program pembangunan insan yang lebih seimbang, terancang dan berterusan untuk melahirkan warga yang berwibawa, berpengetahuan, berketerampilan dan mempunyai sikap yang positif dalam menjalankan tugas-tugas serta dapat menyesuaikan diri dengan perubahan global. Program Pembangunan Insan yang dirancang hendaklah memenuhi kepuasan warga JKDM dalam semua aspek seperti pengagihan tugas, penempatan, kenaikan pangkat, pembangunan kerjaya, peluang latihan, kelengkapan fi zikal, pengiktirafan, jaminan kebajikan dan keselamatan.

iv) JKDM mengharapkan insan yang dibangunkan berupaya memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholders serta selari dengan trend perdagangan dan keselamatan global. Insan yang dibangunkan diharapkan juga memiliki tahap integriti melangkaui pematuhan serta berupaya menterjemahkan peranan Kastam di abad ke 21. Secara ideal insan tersebut memiliki sifat insan kamil (sidiq, amanah, tabligh, fatonah).

Pembangunan Sistemi) Perkataan sistem adalah daripada perkataan latin iaitu systema bermaksud satu set entiti yang saling berinteraksi dan bantu membantu membentuk suatu integrasi keseluruhan. Sistem dari aspek pengurusan boleh didefi nasikan sebagai satu kumpulan yang terdiri daripada dasar-dasar, prosedur, kaedah, pekerja, mesin atau lojistik dan lain-lain elemen yang berinteraksi serta membolehkan organisasi mencapai matlamatnya.

ii) Dalam konteks JKDM sistem yang dimaksudkan di sini boleh dikaitkan dengan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan stakeholder. Pelanggan-pelanggan JKDM memerlukan perkhidmatan yang cekap untuk memudahkan urusan mereka. Adalah menjadi cabaran kepada JKDM untuk memperbaiki dan menambahbaik mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Aspek-aspek sistem seperti perundangan, prosedur, proses kerja, peralatan dan mesin serta teknologi perlu dikaji semula bagi mengurangkan karenah birokrasi.

iii) Melalui pembangunan sistem JKDM akan muncul sebagai sebuah organisasi yang memiliki amalan pengurusan organisasi yang diiktiraf dunia serta relevan dengan tuntutan pelanggan, rakyat, negara dan masyarakat global. Mutu sistem perkhidmatan JKDM akhirnya boleh menjadi rujukan dan benchmarking negara lain di peringkat global.

Pembangunan Output/Outcomei) Output terbahagi kepada dua iaitu ouput organisasi dan output proses. Output organisasi atau outcome adalah output akhir iaitu merupakan kesan/impak daripada proses-proses yang dilakukan manakala output proses adalah dihasilkan daripada tindakantindakan yang dilakukan dalam proses berkenaan. Output organisasi atau outcome adalah seperti jumlah pungutan hasil, tahap kepuasan pelanggan dan persepsi masyarakat terhadap JKDM. Output proses adalah seperti kertas-kertas siasatan, laporan pemeriksaan akaun, laporan pasca audit dan sebagainya.

ii) Dalam konteks pembangunan output/outcome, output/outcome yang dihasilkan hendaklah sentiasa melebihi daripada yang ditetapkan sama ada dari segi kualiti dan juga keberkesanannya. Output/outcome perkhidmatan Kastam diharapkan dapat melangkaui standard kehendak pelanggan, stakeholders, rakyat, negara dan masyarakat global.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

No comments:

Post a Comment