Anda calon TEMUDUGA Penguasa Kastam W41 anjuran SPA?! Sila masukkan emel di bawah untuk mendapatkan format terkini exam ini, panduan khas dan pelbagai tips-tips penting daripada kami.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tuesday, May 29, 2012

7 Elemen Penentu Kejayaan Pelan Strategik JKDM

Tujuh elemen utama dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pelan strategik ini seperti berikut:

• PENGURUSAN ILMU (KNOWLEDGE MANAGEMENT)Ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pemodenan pentadbiran serta sistem penyampaian perkhidmatan akan dikongsi dan ditambah nilai melalui penggunaan sistem Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management (KM). Penggunaan optimum KM akan memastikan penggunaan sumber ilmu secara berkesan dalam mencapai teras strategik JKDM.

• PEMBANGUNAN MODAL INSANTumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Pendekatan mentor-mentee, coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja.

• KOMITMEN PENGURUSAN ATASANPengurusan atasan JKDM perlu memberikan perhatian serius serta menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami oleh semua peringkat warga JKDM.

• INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTURJKDM sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang baik bagi menyokong operasinya. Kemudahan infrastruktur dan infostrukutur yang baik serta disokong oleh sumber manusia yang berkeupayaan akan memacu JKDM ke arah pencapaian matlamat perancangan strategik dengan lebih cemerlang.

• KAPASITI ORGANISASIKapasiti organisasi JKDM akan diperkukuhkan agar dapat melaksanakan program/ tindakan baru ke arah mencapai matlamat strategik yang ditentukan. Kapasiti ini akan disokong oleh struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan tugasan secara fleksibel seperti kerja berpasukan, matriks dan berasaskan projek.

• PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG BERKESANKejayaan pelan strategik ini amat bergantung kepada cara pelaksanaan dan pemantauan yang mantap. Pemantauan diadakan secara berkala dan penambahbaikan dibuat pada setiap peringkat pelaksanaan supaya ia sentiasa berada dilandasan yang betul.

• KAJIAN SEMULA PELAN STRATEGIKKajian semula Pelan Strategik JKDM akan diadakan pada tahun 2012 untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan teras strategik dan tahap pencapaian sasaran prestasi yang ditetapkan. Kajian semula akan mengambilkira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik JKDM.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Perkastaman, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, 80 Contoh Soalan Seksyen A, 60 Contoh Soalan Seksyen B, 150 Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GTP melalui pautan berikut:

No comments:

Post a Comment